Gambar Askar Menyeksa Dua Ekor Monyet Spesies Terancam

on Thursday, 9 August 2012

Tiga askar Vietnam digugurkan daripada tentera selepas foto mereka menyeksa dua monyet spesies terancam beredar di Facebook dan mencetuskan kemarahan orang ramai.Akhbar Tentera Rakyat semalam berkata, tiga askar itu disingkirkan daripada unit mereka di wilayah tengah Gia Lai, manakala lapan lagi askar diberikan amaran.



Lelaki berkenaan membeli monyet douc langurs berbulu kelabu itu daripada penduduk kampung sebelum menyeksa haiwan itu dan membayar penduduk supaya menyembelihnya. Seorang daripada askar terbabit memuat naik foto penderaan itu di laman Facebook miliknya.Laporan akhbar itu berkata, tiga penduduk kampung turut ditahan kerana memburu monyet liar.-HM
Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© RilekSantai All Rights Reserved