Gambar mesra Meera isteri Tauke dari kumpulan Jambu

on Tuesday, 7 August 2012


Gambar Meera Isteri Tauke Jambu : Berikut adalah gambar Meera isteri ke 3 Tauke dari kumpulan Jambu Raja Lawak Astro.
Dikatakan juga, kerjaya Meera sebelum berkahwin dengan Tauke adalah seorang model sambilan. Kini, bahtera Tauke dan Meera sedang mengalami sedikit krisis rumahtangga.
Gambar Meera Isteri Tauke Jambu
“Saya berkenalan dengan Mira di sebuah pusat membeli belah di ibu kota, tak sangka pula perkenalan itu membawa ke arah yang lebih serius. Walaupun pernah dihinggapi dengan pelbagai kontroversi, saya bersyukur kerana Mira dapat menerima saya seadanya,” ujar Tauke satu ketika dahulu.
Gambar Meera Isteri Tauke Jambu
Menurut Tauke, dia sebenarnya sudah berkahwin sebanyak tiga kali dan isteri pertamanya telah diceraikan manakala isteri kedua sedang menunggu keputusan mahkamah untuk mengesahkan penceraian. 
Meera Isteri Tauke Jambu
Tauke menafikan dirinya sudah bercerai dengan isteri barunya itu. Sebaliknya, dia mengakui sedang mengalami krisis rumah tangga dengan perkahwinan baru berkenaan.
“Saya dan Meera masih sah suami isteri. Suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Namun, secara jujur sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera.
Meera Isteri Tauke Jambu
“Saya juga tidak menafikan bahawa kami sedang mengalami masalah rumahtangga. Saya boleh katakan disini, ianya berpunca dari hasutan dari orang ketiga.
“Secara jujur, saya dan Meera bercadang hendak membuat satu majlis lepas raya ini. Namun, saya masih tidak tahu sama ada ianya boleh dilakukan atau tidak kerana ketika ini saya juga sedang menanti sama ada ikatan sah saya dengan Meera boleh diselamatkan atau pun tidak,” jelasnya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© RilekSantai All Rights Reserved