KULIM : Seorang
pembantu rumah warga Indonesia berusia 28 tahun membuat laporan polis
di Balai Polis Kulim kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin setelah mengadu
dirogol oleh majikannya.
Mangsa yang
datang ke Malaysia pada 15 Mei lalu dijanjikan gaji bulanan RM500
sebulan bagaimanapun tidak menerima sebarang bayaran sehingga hari ini.
Menurut
mangsa, sepanjang tinggal bersama majikannya, dia telah dirogol sebanyak
tiga kali dan kejadian berlaku ketika isteri suspek dan anaknya yang
sudah bersekolah tiada di rumah.
“Kejadian
berlaku pada Ahad, ketika itu isteri dan anaknya tiada di rumah.
Isterinya bekerja sebagai seorang guru sekolah manakala anaknya
bersekolah dalam tingkatan empat. Apabila kedua-dua mereka keluar dari
rumah, hanya tinggal saya dan suspek sahaja di rumah.
“Suspek
kemudian menghampiri saya dan memuji saya cantik sebelum bertindak
agresif terhadap saya. Suspek meminta saya melayani kehendak seksnya
tetapi saya enggan berbuat demikian. Suspek naik berang dan mengugut
untuk membunuh saya sekiranya tidak mahu melayani kemahuan seksnya,”
katanya.
Mangsa
berkata, kali terakhir dia dirogol dua minggu lalu. Bagaimanapun Ahad
lalu suspek sekali lagi cuba merogolnya tetapi dia memaklumkan kepada
suspek kesan luka yang terdapat pada kemaluannya masih belum sembuh dan
sakit.
Katanya,
perlakuan itu berlaku beberapa kali sehingga dia mengambil keputusan
untuk melarikan diri dari rumah majikannya dan meminta bantuan dari
jiran berhampiran sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.
Sementara
itu. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata,
suspek sudah ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun
Keseksaan kerana merogol.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan terhadap laporan dibuat mangsa. – Sinar Harian










{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment