Seorang pakar pembedahan plastik didakwa di
mahkamah kerana secara rahsia merakamkan aksi pesakitnya dalam keadaan bogel.Dikenali
sebagai pakar bedah ramai selebriti Hollywood, Lance Everett Wyatt bertugas di
Institut Sherman Oaks, Los Angeles.
Tindakan Wyatt terbongkar selepas seorang
pesakitnya menemui kamera tersembunyi merakam aksinya yang ketika itu berbogel.
Mangsa membawa kamera itu kepada polis dan ia disiasat selama setahun sebelum
Wyatt didakwa di mahkamah. Pendakwa menuntut Wyatt dipenjara antara dua tahun
hingga seumur hidup.
Bagaimanapun, ketika rakaman berkenaan
ditayangkan, Wyatt dilihat tidak menyentuh tubuh pesakitnya secara tidak wajar.
-HM











{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment