Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun telah mengadakan hubungan seks
dengan rakan sekolah perempuannya yang berusia 13 telah merakamkan video
kelakuan mereka tanpa pengetahuan pasangannya dan memuat naik video
tersebut ke internet.
Semalam, remaja tersebut yang kini berusia 17 tahun, mengaku bersalah
terhadap 21 pertuduhan kesalahan melakukan hubungan seks bersama gadis
bawah umur, mencabul kehormatan, perlakuan jenayah, memiliki video lucah
dan mencuri tiga buah basikal.
Penolong Pendakwa Raya, Kavita Uthrapathy berkata, ianya jelas remaja
lelaki berkenaan telah melakukan hubungan seks hanya untuk memuaskan
hawa nafsunya.
“Jika beliau benar-benar menyintai remaja perempuan itu sebagai
kekasihnya, beliau tidak akan merakamkan aksi seks mereka berdua tanpa
pengetahuan pasangannya apatah lagi memuatnaik video tersebut ke
internet. Beliau juga memperlihatkan sikap sebenar dirinya apabila fail
video tersebut disimpan atas nama “Bitch”,” katanya.
Menurut laporan yang diterima mahkamah, kedua-duanya bertemu pada kejohanan bola lisut pada Januari 2009.
Ketika itu, remaja perempuan itu baru berusia 13 tahun manakala remaja lelaki tersebut berusia 15 tahun.
Pada Februari 2010, remaja lelaki tersebut telah memujuk remaja
perempuan itu melakukan seks oral terhadapnya. Sejak dari itu, hanya
perlakuan tersebut yang remaja lelaki tersebut mahu darinya.
Dalam satu kejadian, lelaki berkenaan telah merakamkan aksi remaja perempuan tersebut melakukan seks oral tanpa pengetahuannya.
Beliau kemudian memuatnaik klip video tersebut ke internet dengan
meletakkan tajuk “Singapore teen b****”, sambil mendedahkan nama dan
nombor telefon remaja berkenaan.
Pada Julai tahun tersebut, ketika remaja perempuan tersebut menolak
untuk lakukan seks oral terhadapnya, beliau telah mengugut untuk
memuatnaik video tersebut. Akhirnya remaja perempuan tersebut menuruti
kehendak lelaki berkenaan tanpa menyedari video tersebut sudah pun
dimuatnaik ke internet.
Remaja perempuan tersebut kemudiaanya mula menerima panggilan telefon
yang pelik dari orang yang tidak dikenali memberitahunya mereka telah
menonton videonya sambil meminta beliau lakukan seks oral kepada mereka.
Remaja itu kemudian menafikan telah memuatnaik mana-mana video ke internet.
Pasangan tersebut kemudiaanya berpisah dan apabila mereka bertemu semula
pada Disember 2010, remaja lelaki berkenaan sekali lagi berjaya memujuk
beliau untuk lakukan hubungan seks di dalam tandas di sebuah kolam
mandi di kondominiumnya.
Sehingga sekarang, pembelajaran terganggu hinggalah dia membuat
pengakuan kepada seorang guru. Pihak sekolah kemudiannya melaporkan
perkara tersebut kepada ibu bapa remaja perempuan tersebut dan laporan
polis dibuat pada May tahun lepas.
Pada bulan tersebut juga, remaja lelaki tersebut telah mencuri tiga buah
basikal dari jirannya. Pemilik salah sebuah basikal terlihat basikalnya
telah diiklankan untuk jualan di internet dan terus membuat laporan
polis.










{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment