Setelah pelakon lelaki, Remy Ishak memberitahu
bahawa hubungan cintanya dengan pelakon wanita, Tiz Zaqyah telah putus
sejak 3 bulan yang lalu, pastinya akan ada pihak yang cuba membongkar
punca perpisahan tersebut.
Benarkah hubungan cinta mereka berakhir kerana Remy punya sikap cepat naik tangan atau suka memukul Tiz?
Maklumlah, dalam hubungan Remy dengan pelakon wanita muda, Ummi Nazeera juga juga telah berakhir setelah Remy didakwa telah memukul Ummi.
Menerusi laman hiburan tanahair, Remy sudah tidak ingin punca perpisahannya dengan Tiz dibangkitkan lagi.
Katanya, mereka berpisah adalah lebih baik setelah berbincang dan puncanya biarlah mereka berdua sahaja yang tahu.
“Saya rasa tak ada apa yang hendak saya katakan lagi dah. Memang hubungan kami hanya sampai disitu sahaja dan perpisahan ini adalah keputusan kami bersama.“Tentang punca sebab perkara tersebut berlaku biarlah kami sahaja yang tahu,”
Tambahnya lagi, dia mendedahkan hubungan
mereka yang telah berakhir kerana tidak ingin keadaan antara dia serta
Tiz menjadi parah di kemudian hari.
“Saya sebenarnya tidak mahu suatu hari nanti ianya jadi lebih parah. Maksud saya tak ingin diam terlalu lama dalam hal ini.
“Andai kata nanti dia ( Tiz Zaqyah )
dengan orang lain, saya pun dengan orang lain ianya akan jadi lebih
parah serta lagilah orang akan mula buat pelbagai spekulasi. Jadi sebab
itu saya buka mulut pada kali ini supaya orang faham situasi
sebenarnya,”










Mereka tahu apa yang terbaik buat hubungan mereka.
ReplyDeletekena pukul.why??
ReplyDelete