Rosyam Nor buat kenyataan yang mampu cetus kontroversi semasa Anugerah Skrin

on Saturday, 10 November 2012

Rosyam Noor Terlepas Cakap di Anugerah Skrin 2012


Malam tadi berlangsung dengan meriahnya Anugerah Skrin 2012 yang memakan masa selama 3 jam.

Kelainan jelas terpancar di skrin televisyen berbanding majlis berbentuk hiburan lain sebelum ini dengan tema dan majlis yang berbentuk Fairy Tales.

Rosyam Noor malam tadi yang digandingkan dengan Erra Fazira membawakan watak terkenal lanun Captain Hook. Didalam kemeriahan majlis Anugerah Skrin malam tadi dan mungkin kerana terlalu asyik, pelakon dan pengarah popular Rosyam Noor mungkin telah terlepas cakap.


"Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh!"


Rosyam Noor mungkin tidak berniat untuk menghina sesiapa terutamanya perihal agama.

Namun kesilapannya itu sebenarnya membuatkan ramai yang memperkatakanya terutamanya para pengguna laman sosial dan web dengan mengatakan Rosyam Noor tidak sensitif dan telah menghina Islam. Pasti Rosyam sendiri akan terkejut dengan isu ini.

Apapun kita tunggu penjelasan dari Rosyam sendiri berkenaan hal ini nanti.
Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Alah...si zizan sebut kemaluan terang terang x kutuk pulak

    ReplyDelete

 
© RilekSantai All Rights Reserved