Gambar Saat-Saat Kelahiran Rama-Rama Yang Menakjubkan

on Monday, 30 April 2012

Pnah tengok proses kelahiran rama-rama?Mesti ada yang pnah tengok dah kan termasuk lah aku time kecik2 dulu dah penah tengok dah.Tapi kali nie aku nak tunjukkan gambaran proses kelahiran rama-rama dari sudut gambaran yang bleh aku katakan cantik gak laaa.Nie adalah hasil fotografi dari Jimmy Hoffman Girona yang berasal dari Sepanyol.Jom layan.

Zizan Di Landa Penyakit Misteri,Mungkin Buatan Orang?Jom Lihat Gambar Zizan Di Wad

Semalam jika anda menonton Melodi,pengacara Zizan telah digantikan oleh Wahid Senario. Menurut Wahid, Zizan telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatannya kurang baik. Wahid menyatakan lagi Zizan yang juga anggota kumpulan Angsa Ganas dalam Rancangan Super Spontan diserang penyakit misteri.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan lagi mengenai perkhabaran adakah Wahid sekadar berjenaka atau serius.

Difahamkan, oleh kerana jadual Zizan yang penuh mengakibatkan dirinya kurang berehat. Apa-apa pun didoakan Zizan cepat sembuh dan dapat meneruskan kerjayanya sebagai selebriti yang disayangi ramai.

'Salam sayang utk semua, just wanna update you guys yg Zizan is doing fine right now..doctor said die muscle stress and pain, buat masa ni die perlu byk rehat, terima kasih kpd semua yg mendoakan Zizan. Minta maaf sgt2 kpd sesiapa yg nk melawat Zizan di hospital, dia perlukan rehat dahulu ya… Insyallah semua akan ok… '
– Maryna Juki (Fanpage Zizan Raja Lawak)

KARPET NABI MUHAMMAD SAW DILELONG

Sebuah karpet yang direka untuk menghias makam Nabi Muhammad SAW di Madinah terjual 5,4585 juta dollar AS atau seharga Rp 82,5 bilion dalam sebuah lelang di Qatar.
Tidak hanya nilai sejarah yang membuat karpet tersebut bernilai tinggi. Karpet yang sudah berusia 150 tahun itu juga dihiasi ratusan batu-batuan mahal seperti intan, safir, rubi, dan emerald.
Karpet itu dikenali dengan nama Karpet Mutiara dari Baroda ( Pearl Carpet of Baroda ) karena banyaknya mutiara yang dipakai untuk menghiasnya. Dianggarkan, dua juta batu mutiara digunakan yang diambil dari perairan Teluk Parsi.
Selama ini, karpet yang dibuat tahun 1860-an tersebut dikenal sebagai hadiah dari Maharaja Baroda dari India untuk dipasang di makam Nabi Muhammad. Namun, karpet tersebut tidak jadi dibawa ke Arab Saudi karena sang raja keburu meninggal. Akhirnya karpet hanya disimpan keluarga raja.
Karpet tersebut sempat dipamerkan dalam Delhi Exhibition pada tahun 1902.Kemudian disimpan di Monaco. Pada tahun 1985, karpet itu juga dipamerkan di New York. Balai lelong Sotheby 's selaku penganjur lelong sebenarnya berharap karpet tersebut dapat terjual minimal 20 juta dollar AS. Namun, tawaran perdana 5,5 juta dollar AS tak menarik minat pelelang.
Lelang Khamis (19 / 3) kemarin dibuka dengan nilai 4,5 juta dollar AS yang diikuti tiga penawar. Tawaran tertinggi berhenti pada angka 5,4585 juta dollar AS termasuk komisi dan kos lelong. Namun, Shoteby 's belum bersedia mengumumkan pemenang lelang tersebut.
Dengan banyaknya batuan mahal yang menghiasnya, karpet tersebut mungkin tak akan diadakan di gunakan, tapi lebih sesuai sebagai hiasan dinding.


sumber:kompas.com

Kisah Aneh Ketika Mandikan Jenazah,Baca Ini Dan Jadikan Pengajarank Kita Yang Masih Hidup Ni Untu


Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput.

Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini :

Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah.

Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.

Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT.

Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus "fardu kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.

Tetapi selama memandikan mayat itu,kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.

Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.

Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.

Saya katakan kepada mereka,"Inilah ujian Allah terhadap kita". Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.

Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk,saya nasihati mereka.

Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka,bukan menguruskan semuanya,tanggung jawab ada pada ahli warisnya.

Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu,bukan hanya iman,hanya bilal,atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.

Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut,tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.

Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.

Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.

Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang.Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.

Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah "Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini."

Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.

Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.

Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:

"Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya."

Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya,tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.

Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu,muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar,dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.

Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah,cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.

Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.

Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.

Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na'udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa'at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.

Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.

Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.

Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.

Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.

Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.

1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas,menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?

Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.

Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini.

Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?

Renungkanlah...
Pada akhirnya setelah semalam merenungkan artikel ini dalam hati terbit do'a: "Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu. Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari akhlaq yang menjadikan peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu."

Wassalamu'alaikum.



Sumber

Penjelasan Sebenar isu Kereta Polis Diterbalikkan,Ramai Yang Tidak Nampak Isu Ni

" Ada orang baling batu pada kereta polis. Patutlah.. "

" Sapa2? Sapa yang kurang ajar sangat tue? Ada rakam tak gambar dia? " Aku tanya.

Pakcik india potpet2 sambil berjalan depan aku. Aku masa neh dah tanggal lencana bersih. Tujuan nya? Sebab aku nak meronda2 tanpa dikejar polis. Kalau aku pakai lencana bersih maka polis akan tahu aku pendemo bersih.

Jadi strategi aku memakai baju putih = baju rasmi pengamal media [baju kaler lain pun boleh, tapi kalau pakai baju putih, pakai pas dan bawa kamera automatik orang dah boleh detect sebagai wartawan] adalah untuk neh. Ini tujuannya, untuk melakukan apa2 yang aku rasa perlu dan patut dilakukan.

Oke, lupakan hal neh. Kita citer pasal kereta dulu.

Betul ke provokasi datang dari pendemo bersih ?

Punca provokasi sebenarnya sebab mereka kena serang dengan teargas. Marah. Nak cakap LRT kena tutup? Takde kaitan. Untuk rekod, LRT jalan bandaran tidak ditutup, cuma masjid jamek dan plaza rakyat jek. Aku kan dari LRT semenjak2 dari tadi.. dok pusing2 kat situ last2 tetap sangkut kat MASJID JAMEK. Hanya masjid jamek jek dari kedua2 arah, sri petaling dan ampang serta plaza rakyat dia shutdown tadi.

Kalau dorang cakap LRT tue kena tutup ia mungkin selepas insiden provokasi. Sebelum provokasi lrt tue bebas digunakan sebenarnya. Yang aku tahu kat situ ada monorel. Yang tue aku dengar citer ditutup. Fakta atau tidak aku taktau. Aku cuma dengar citer.

Sekarang mari kita lihat video kat bawah neh oke ;


Ini part 1. Yang neh pun dah cukup sebenarnya untuk explain apa yang berlaku. Harus diingat, aku tak kenal langsung sapa uncle india tue dan uncle india tue pula hanya mengomel2 sendiri bukan pergi kecoh2kan kat orang kereta polis kena baling batu. Bila aku dah dengar aku cakap apa2 yang patut then aku pergi ke lokasi kejadian yang mana dah clear masa tue [polis dah took over].

Lihat jek gambar kat bawah neh dulu ;

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

- Ada kon

- Ada batu

- Lampu kereta pecah

- Kereta kemek

- Kaki sempat tendang kereta.. maksudnya kelajuan kereta neh dah berkurang atas sesuatu sebab.

- Cermin kereta pecah. Baling botol air boleh pecahkan cermin ka? Kalau tengah memandu ko baling batu cermin pecah kena muka ko macam mana ko nak memandu dengan betul?

Lihat gambar kat bawah neh pula ;

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan
Individu neh secara tidak sengaja di langgar oleh polis. Tapi apa info yang sampai kat telinga aku? Polis bawa kereta laju2 sampai langgar seorang budak remaja sehingga maut.

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Ini bukan darah azri tapi darah indidivu yang dilanggar tue. Tolong betulkan fakta anda.

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Ini cameraman. Dia sedang keluar dari kereta. Kenapa? Sebab dia nak tolong polis yang berada dalam kereta tue.

Anak panah merah ialah pembelasah. Anak panah hijau orang yang sedang cuba menolong. Last2 dia surrender sebab dengan dia2 sekali kena tibai. Azri juga membalas balik asakan. Itu normal sebab refleksi nak melindungi diri. Dia juga nak jaga filem dia. Dan dengan gambar neh mohon amek tindakan ke atas pencetus provokasi. Penting untuk menjaga kredibliti bersih.

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Lihat gambar kat atas neh. Nampak apa yang aku nampak? Kepala pemandu dah ke atas stereng. Napa? Yang korang g belasah kereta dia sapa suruh? Sapa suruh lompat atas kereta dia? Sapa suruh bertindak kasar? Sapa suruh jadi samseng, kurang ajar dan biadap?

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Anak panah merah = pembelasah kereta polis. Anak panah merah [arh aku dah malas nak tukar kaler dia kepada lain] = azri, individu yang dibelasah. Dia mai dari arah bertentangan. Dia mai nak tolong. Sebab apa? Aku rasa dia neh kot antara cameraman yang dilantik oleh polis. Dia kena rakam semua perkara2 yang berlaku. Last2 kena tibai dengan orang. Adoi.

Dan diharapkan dengan gambar neh penganjur bersih boleh membersihkan nama baik bersih dengan menyerahkan mereka kepada pihak polis kerana bertindak liar ketika berhimpun.


Anak panah hijau = penghenti provokasi.

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Anak panah hijau = penghalang / pelindung. Anak panah merah = pembelasah. Kenapa dia belasah azri? Dia tak perasan kot azri mai dari arah bertentangan. Lepas belasah azri dia letak kon dalam kereta then dia lari. Kon tue tak kena polis yang berada dalam kereta tue dan aku tatau apa motif dia enh.

Sekali lagi perhatikan aksi membelasah dia kat bawah neh ;

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Ada pendemo bersih yang balon si azri neh gak. Jangan2 dorang neh salah sangka ingat dia polis yang melanggar pendemo bersih. Dah korang baling2 batu, lepas tue nak salahkan orang terlanggar plak apa ke hel?

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Individu yang baling kon tue = individu yang sama terbalikkan kereta = lepas tue rasa bangga sebab dapat terbalikkan kereta. Pada awalnya pendemo bersih ingatkan ada orang bawah kereta tapi takde.. tapi lepas tue oke lah dorang cuma rakam tapi apahal ada 3 orang individu tersebut bersorak termasuk yang pakai baju oren tue hah?

Dorang2 neh tak pakai baju bersih dan buat provoke sana sini. Individu yang baling kon tue juga baling pada pendemo bersih oke. Lihat video selangortv kat sini sendiri. Jadi diharap penganjur bersih boleh bersikap adil dalam isu neh. Siasat siapa mereka dan kenapa mereka berbuat demikian.

penjelasan sebenar kereta polis diterbalikkan

Anak panah merah = yang cuba melindungi polis. Yang belasah2 tadi tue dah lari kemana? Anak panah hijau menunjukkan pistol polis yang terdedah.. ermm.. memang kalau nak rembat semudah ABC jek.

Kesimpulannya kat sini ialah ;

1. Aku tak kenal siapa yang buat provokasi, kalau korang kata mereka pelakon, penyamar, sb atau apa maka biarkan sahaja bersih serahkan mereka kepada polis untuk dinilai. Kita boleh trace mereka semula berdasarkan video2 yang wujud. Bukan kah kita dah ada teknologi perincian gambar ? Mari kita kaji kebenaran neh bersama2.

2. Kebanyakkan yang provoke tak pakai pun baju bersih. Ini analisis aku. Mungkin dorang neh ikut ikutan. Maksudnya dia tengok tiba2 ada crowd bersih jadi dia pun sibuk2 ikut. Pada asalnya dia bukan nak join bersih. Mungkin dia berjalan2 kat kl.

Oleh kerana dia tatau bahawa kita dilarang berbuat provokasi maka dia pun berbuat sesuka ahti dia. Namun yang lebih menyedihkan ialah kenapa yang menghalang tersangatlah kurang berbanding dari yang menyorak? Kalau aku ada disitu sah2 aku sound then rakam, tangkap gambar dorang jelas2 dan paparkan di blog aku inilah pencetus provokasi. Aku tak kesah der. Kalau ko provoke ko tetaplah provoke. Ko jangan bagi alasan haktui kat aku oke.

Apatah lagi dah dipesan bahawa sesiapa yang memprovokasi akan dianggap sb dan kita sewajarnya menghentikan mereka.. tetapi kenapa crowd sogo tak alert pasal neh? Disebabkan anda terlalu lemah menghalang mereka, maka seluruh bersih 3 menjadi mangsa kini. Aku, ko dan kita seme tak pasal2. Kalau pun sungguh dia sb, so what? HALANG lah.. HALANG..takan seratus dua ratus orang kat situ pun SB gak kot?

3. Mana unit amal? Unit amal tiada. Itu lah punca masalah neh menjadi besar. Hadirin terlalu ramai. Unit amal tersangatnya kurang. Unit amal terlatih dalam menanggani sebarang bentuk provokasi. Bukan salahkan unit amal ye. Cuma menegaskan betapa pentingnya unit amal dalam kes seperti neh. Apabila hadirin berpecah selepas diserang teargas, peluang untuk mereka bertindak agresif memang terbuka.

Ia perkara normal sebenarnya. Selalu sangat dah bersabar akhirnya dapat peluang untuk belasah polis, memang lah amek cukup2. Tapi sayang, tindakan neh tersangatlah salah. Sudah sewajibnya bersih menghantar individu2 yang terlibat dalam provokasi neh kepada mereka2 yang berkuasa. Walaupun mungkin ada yang secara tidak sengaja terpengaruh untuk melakukan provokasi ia tetaplah salah.

Aku sangat percaya memang wujud sb di mana2 tetapi kan.. aku lebih2 lagi percaya ia bukan masalah SB, ia adalah bagaimana cara kita mengawal situasi. Kalau letak 10 SB dihadapan kita sekalipun, kalau kita pandai kawal keadaan kita tetaplah pandai kawal keadaan, kalau kita tak pandai kawal keadaan, takde SB sekalipun kita tetap boleh terbabas. Renungkan.

Updated ;

Bukti yang lebih jelas bahawa azri datang dari arah bertentangan. Dia bukan pemandu kereta tersebut. Aku cadangkan jadi orang belajar cari fakta sebelum tuduh melulu. tenkiu.


gambar polis dibelasah oleh geng bersih
Sumber



Gambar Majlis Pertunangan Ustaz Don dan Gambar Tunang Ustaz Don



Sebelum bercakap panjang lebar lagi, jom kita layan dulu sedikit Biodata Ustaz Don..sedikit sahaja sebab saya dah buat artikel berasingan untuk biodata beliau..Lepas tu kita layan cerita Ustaz Don Bertunang pula.

Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)

Dalam diam tak de angina takde rebut..rupa-rupanya Ustaz Don dah bertunang..Gambar bertarikh 6 Mac 2011 ini merupakan salah satu gambar pada majlis pertunangan Ustaz Don..Namun kesahihan majlis tersebut tidak dapat dipastikan kerana kekurangan maklumat dan fakta serta sumber..Hanya gambar ini yang dapat diambil untuk tatapan pembaca semua.. Haaaa kepada semua peminat Ustaz Don melepas la korang kan..tu diaaaaGambar Tunang Ustaz Don! Tahniah kepada Ustaz Don!

Sumber

Polis Cantik Ber-Roller-Blade siap Menangkap Penyeluk Saku


Satu pasuakan sukarelawan polis wanita ber-roller-blading kini disiagakan di tiap sudut keramaian. Mereka - bukan polisi tapi dipembantu polis - mempunyai tugas khusus: melakukan pengejaran terhadap pelaku kejahatan jalanan.
Di pusat perbelanjaan mewah Tianfu Square di Chengdu, misalnya, lapan petugas patroli bersepatu roda meronda. Di kawasan ini, belakangan banyak kejadian pencopet dan pemabuk yang memangsa pelancung.

Mereka akan berputar di lokasi yang mereka awasi dengan sepatu rodanya.Selesai bertugas, mereka kembali mengenakan kasut tinggi.

Salah seorang dari mereka,Fengyu Chen, menyatakan suka menonton polis wanita dalam serial TV Hong Kong. "Jadi ketika saya melihat iklan untuk polis berkasut roda, aku mencubanya. Ini sangat hebat."
Salah satu penggagasnya, Song Bin mengaku puas dengan kerja polis wanita berkasut roda ini. "Sangat efisien, efektif dan lebih ramah lingkungan dibandingkan meronda dengan kereta peronda," katanya.

Sumber

Lelaki Ini Jadi Peserta Bersih Dan Sepak Polis,Dia Juga Tangkap Penyokong Bersih?

Gambar atas kiri: Lelaki ini sedang menerajang motosikal polis
Gambar bawah: lelaki ini juga yang menangkap peserta BERSIH

Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana.

Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel diatas telah diolah oleh penulis dan dikreditkan dari sumber asal seperti Malaysia Kini, Harakah Daily, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Harian Metro, Bernama, dan lain-lain lagi. Saksikan juga video siaran langsung dari Parlimen Malaysia. Sebarang pertanyaan, cadangan mahupun pengiklanan, hubungi kami di sini.

Sumber

Hiburan : Mak Lawa Anak Cun

on Sunday, 29 April 2012

MAK LAWA ANAK CUN | BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak.

Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu.

Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan.

Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.
keluarga+neelofa
WARISI KECANTIKAN... Neelofa bersama keluarga.

Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun.

“Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya kepada Metro Ahad

Antara 10 Negara Yang Paling Banyak Guna Telefon Bimbit

1. China
Di China Jumlah handphone diperkirakan mencapai sekitar 916,530,000 buah handphone. Dengan jumlah penduduk mencapai 1341000000 maka perbandingan jumlah penduduk yang menggunakan handphone mencapai 75.32%.
2. India
Di India jumlah handphone diperkirakan mencapai sekitar 865,708,379 buah handphone. Dengan jumlah penduduk mencapai 1210193422 maka perbandingan jumlah penduduk yang menggunakan handphone mencapai 75.42%.
3. Amerika Serikat
Jumlah handphone di Amerika Serikat diperkirakan mencapai sekitar 327,577,529 buah handphone. Dengan jumlah penduduk mencapai 310.866.000 maka perbandingan jumlah penduduk yang menggunakan handphone mencapai 103.9%.
4. Indonesia
Jumlah handphone di Indonesia diperkirakan mencapai sekitar 250,100,000 buah handphone. Dengan jumlah penduduk mencapai 237,556,363 maka perbandingan jumlah penduduk yang menggunakan handphone mencapai 105.28%.
5. Brazil
Jumlah handphone di Brazil diperkirakan mencapai sekitar 245,200,000 buah handphone. Dengan jumlah penduduk mencapai 192.379.28 maka perbandingan jumlah penduduk yang menggunakan handphone mencapai 127.45%.
6. Russia
Jumlah handphone di Russia diperkirakan mencapai sekitar 224,260,000 buah handphone. Dengan jumlah penduduk mencapai 142.905.200 maka perbandingan jumlah penduduk yang menggunakan handphone mencapai 154.5%.
7. Jepang
Jumlah handphone di Jepang diperkirakan mencapai sekitar 121,246,700 buah handphone. Dengan jumlah penduduk mencapai 127,628,095 maka perbandingan jumlah penduduk yang menggunakan handphone mencapai 95.1%.
8. Pakistan
Jumlah handphone di Pakistan diperkirakan mencapai sekitar 114,610,000 buah handphone. Dengan jumlah penduduk mencapai 178.854.781 maka perbandingan jumlah penduduk yang menggunakan handphone mencapai 66.5%.
9. Jerman
Jumlah handphone di Jerman diperkirakan mencapai sekitar 107,000,000 buah handphone. Dengan jumlah penduduk mencapai 81,882,342 maka perbandingan jumlah penduduk yang menggunakan handphone mencapai 130.1%.
10. Nigeria
Jumlah handphone di Nigeria diperkirakan mencapai sekitar 90,583,306 buah handphone. Dengan jumlah penduduk mencapai 7140,000,000 maka perbandingan jumlah penduduk yang menggunakan handphone mencapai 64.7%.

Sadis! Seorang Peniaga Maut Tersepit Jentera


Seorang peniaga pasar malam maut selepas tersepit di antara jentera pembajak kecil dengan lantai kayu tingkat atas sebuah rumah petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa, Mohd. Hishammudin Yusoff, 22, mahu mengeluarkan jentera jenama Jentani milik bapanya yang disimpan di ruang bawah rumah neneknya, Ton Yaakob, 70, di Simpang Empat Kangkung di sini.

Bagaimanapun, jentera tersebut secara tiba-tiba terjungkit menyebabkan mangsa yang duduk di tempat duduk terangkat ke atas lalu tersepit di lantai kayu rumah tersebut. Bapa mangsa, Yusoff Ayob, 59, berkata, dia yang berada di tempat kejadian cuba menurunkan bahagian jentera yang terjungkit itu namun tidak terdaya kerana terlalu berat. "Saya cuba menyelamatkan anak saya tetapi tidak boleh kerana bahagian dadanya dihimpit besi jentera dan belakangnya pula tersepit kayu lantai," katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat Kangkung di sini semalam.-kosmo

Pasangan Punk Disebat Kerana Melakukan Seks Di Tempat Awam

Sepasang punk disebat sembilan kali setiap seorang selepas mereka didapati bersalah mengadakan seks di tempat awam.
Kira-kira 100 penduduk bandar Langsa yang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu bersorak apabila polis Syariah menyebat wanita berusia 21 tahun itu, dan teman lelakinya berumur 23 tahun.

Sebelas orang yang didapati bersalah berjudi juga menjalani hukuman itu. Ketua Pendakwa Raya Langsa, Putra Masduri berkata, pasangan berkenaan yang sering berkeliaran dijalan raya dengan berpakaian ala punk. Mereka bagaimanapun dikenakan pakaian serba putih ketika menjalani hukuman itu.

Polis Syariah Aceh, satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam, melancarkan gerakan antipunk dengan menyerbu kafe dan taman bagi mencegah apa yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai ‘wabak sosial.’

Gempar!Aksi Gadis Melayu Mabuk Dengan 5 orang Lelaki Dalam Hotel

Dasyat la zaman sekarang nie....macam2 terjadi pada remaja kite kan? mintak simpang la ini semua terjadi pada ahli keluarga kita...amennn....
pas tgk gambar nanti, korang pk2 kan lah...kite memang dah sampai ke akhir zaman...tunggu petanda2 besar je sekarang nie...nauzubillah~ seram bile pk tentang hari kiamat tu....
Apa2 layan gambo ni??

Budak Diculik Di Mont’ Kiara International School Kuala Lumpur- Nayati Shamelin Moodliar,Awas!!


Perhatian semua. Sekarang ini di Twitter dan Facebook menghebahkan tentang penculikan budak lelaki berumur 12 tahun. Kejadian itu berlaku di Mont’ Kiara International School Kuala Lumpur.

Baca maklumat dibawah yang telah diambil dari venusbuzz.com

Malaysian social networks are abuzz with shocking news that a 12 year-old boy was kidnapped this morning near the Mont’ Kiara International School in Kuala Lumpur.

Nayati Shamelin Moodliar, who is Dutch, was abducted by two dark-skinned men in a Black Proton Gen 2 with WNH1356 number plate.

The incident happened early this morning, a police report has been filed but his whereabouts are still unknown. The school has also issued an alert on their website.

Nayati is about 1.50m (roughly 4ft 10in) and was last seen wearing green shorts, white polo shirt with school emblem.

If you’ve seen this child or have a lead, please call the Malaysian Police at 999, or the school at 03- 2093 8604.

Please help to spread the word.

Diharapkan Nayati selamat dan dapat ditemui semula.

Update
Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda berusia 12 tahun diculik sekumpulan dua lelaki di hadapan sebuah sekolah di Mont Kiara, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Nayati Moodliar yang berada di hadapan sekolah berkenaan dilaporkan tiba-tiba ditarik seorang daripada suspek masuk ke dalam sebuah kereta jenis Proton Gen 2 berwarna hitam dan nombor pendaftaran WNH 1356.

Kejadian itu disaksikan seorang pengawal keselamatan sebelum memaklumkan keluarga mangsa.

Malah, rakaman CCTV di hadapan sekolah berkenaan turut merakamkan kejadian berkenaan.sumber


Update 28 April 2012
Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda hilang secara misteri selepas dilarikan dua lelaki menaiki Proton Gen 2 di hadapan sekolahnya di Bukit Kiara, semalam.

Malah sehingga kini, ibu bapa kanak-kanak berkenaan belum menerima panggilan daripada lelaki yang melarikan anaknya itu bagi tujuan meminta wang tebusan.

Dalam kejadian jam 7.35 pagi itu, kanak-kanak berkenaan, Nayati Shamelin Moodliar, 12, baru keluar dari kawasan perumahannya yang terletak kira-kira 50 meter dari sekolahnya.

Bapa mangsa, Shamelin Moodliar, 42, berkata, sebelum kejadian, dia menyiapkan anak tunggalnya itu untuk ke sekolah.

Katanya, sebaik anaknya keluar, dia menerima panggilan daripada guru besar sekolah anaknya itu yang memaklumkan anaknya yang berbaju T putih dan seluar pendek hijau dilarikan dua individu tidak dikenali dengan menaiki kereta berwarna hitam yang dipercayai menunggu di lokasi berkenaan sejak awal pagi.

“Saya difahamkan ketika kejadian, anak saya baru tiba di persimpangan Jalan Kiara sebelum didatangi dua lelaki berkulit gelap yang menariknya masuk ke dalam kereta dan melarikan diri ke arah ibu kota.

“Kejadian berkenaan disaksikan orang ramai yang kemudian menghubungi pihak sekolah dan kami juga sudah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium berdekatan yang berjaya merakam kejadian itu ketika membuat laporan polis,” katanya, semalam.

Beliau yang bekerja sebagai perunding kanan sebuah firma pengurusan itu berkata, sehingga kini dia tidak dihubungi kumpulan penculik itu malah menafikan mempunyai musuh perniagaan kerana baru lapan bulan keluarganya tiba di Malaysia.

Menurutnya, kejadian berkenaan nyata sudah dirancang rapi berikutan pengawal keselamatan nampak kereta yang dinaiki penculik itu diletakkan dalam arah bertentangan di Jalan Kiara 1 bagi memudahkan mereka melarikan diri.

“Saya tidak tahu sebab anak saya menjadi pilihan mereka, malah saya tidak pernah berselisih faham mahupun bergaduh dengan sesiapa sejak tiba di negara ini.

“Kami merayu kepada kumpulan penculik itu agar mengembalikan anak kami mahupun menghubungi kami jika memerlukan wang untuk membebaskannya,” katanya yang hadir bersama isterinya, Janice Smith, 40.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis daripada keluarga mangsa dan kes kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang di bawah penjagaan yang sah.sumber

Tidak Ada Keperluan Untuk Bersih 3.0 – KDN

Tidak Ada Keperluan Untuk Bersih 3.0 - KDN


KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak faham mengapa demonstrasi Bersih 3.0 tetap diadakan siang tadi sedangkan tujuh daripada lapan tuntutan pertubuhan Bersih 3.0 telah ditunaikan dan dipersetujui kerajaan setakat ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan tidak pernah bersifat membutakan mata terhadap permintaan rakyat.

“Suruhanjaya Pilihan Raya, sebuah badan bebas telah berhempas pulas memastikan pilihan raya umum akan datang adalah lebih bersih dan bebas serta memenuhi standard antarabangsa.

“Sebagai contoh, dakwat kekal diperkenalkan untuk mengelak pengundian berulang, daftar pemilih dibersihkan sebaik mungkin dan tempoh berkempen dipanjangkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tidak Ada Keperluan Untuk Bersih 3.0 - KDN

Katanya, selain itu, kerajaan juga telah melakukan transformasi politik yang paling menyerlah sejak Merdeka apabila memansuhkan undang-undang keselamatan yang lapuk, langkah-langkah baru bagi meningkatkan kebebasan media dan perubahan bagi membolehkan penyertan lebih meluas pelajar dalam aspek politik.

Beliau mengulas mengenai Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka siang tadi.

Dalam demonstrasi berkenaan, hampir 25,000 penyokong pembangkang dan ahli Bersih telah berusaha merempuh Dataran Merdeka walaupun Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan arahan dataran itu merupakan kawasan larangan untuk dimasuki orang awam sehingga 1 Mei ini.

Berikutan sikap degil peserta demonstrasi, polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan tembakan meriam air bagi memastikan arahan mahkamah tersebut dipatuhi.

Hishammuddin menambah, kerajaan menghormati keinginan segelintir rakyat untuk mengadakan demonstrasi namun ia harus bersifat aman dan menepati kehendak undang-undang negara.

Beliau juga meluahkan rasa kecewa dengan sikap penganjur Bersih 3.0 kerana kerajaan kali ini bersikap terlalu berlembut sehingga bersedia memberikan Stadium Merdeka yang pernah dituntut Bersih 2.0 sebagai lokasi untuk peserta berhimpun namun ditolak.

Selain Stadium Merdeka, sebagai rekod, kerajaan juga telah menawarkan Stadium Cheras, Stadium Titiwangsa dan Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Malangnya Bersih menolak semua lokasi ini dan usaha kerajaan untuk mencapai kata sepakat yang menguntungkan.

“Sebaliknya mereka mengalakkan para peserta untuk berhimpun di Dataran Merdeka, satu kawasan yang sebenarnya hanya lima minit sahaja jika berjalan kaki dari Stadium Merdeka.

“Namun Dataran Merdeka bukanlah satu lokasi yang sesuai atau dibenarkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan, Bersih 3.0 hari ini telah dikawal dengan baik walaupun beberapa kumpulan peserta melakukan provokasi ke arah konfrantasi ganas dengan polis.

“Saya ingin memuji pasukan polis atas sikap profesionalisme dan kesabaran dalam situasi yang amat mencabar,” katanya.

Wartawan Islamik Di Pukul Hampir 20 Orang Pengikut Bersih,Apa Dosa Dia?

Mohamad Azri Salleh adalah seorang jurugambar di stesen televisyen yang terkenal dengan program bercorak keIslamannya, TV Al Hijrah.

Semalam, sepertimana kebanyakan rakan medianya yang lain, Azri berada di sekitar pusat membeli-belah SOGO untuk mengambil sedutan atau ‘footage’ yang menarik sepanjang demonstrasi Bersih 3.0 berjalan.

Dia bukan orang UMNO, dia juga bukan penyokong Bersih 3.0, tetapi dia ada keluarga yang perlu disara dan diberi sesuap nasi.

Azri juga bukan bekerja dengan media pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia mahupun TV3.

Majikannya terkenal dengan program bercorak Islamik, bukan program bercorak retorik.

Namun ada sesuatu yang cukup menyentuh hatinya. Dengan disaksikan kedua matanya sendiri, seorang anggota polis sedang dibelasah sekumpulan penyokong fanatik Bersih 3.0 di depan pusat membeli-belah itu.

Ketika itu anggota polis berkenaan berada di dalam kereta pasukan.

Azri tahu yang dia harus berbuat sesuatu, bukan kerana anggota itu orang kerajaan, tetapi kerana yang dipukul itu adalah orang yang seagama dan sebangsa dengannya.

Lebih dari itu, Azri tahu, anggota itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, kalau pun dia berdosa mungkin kerana dia memilih untuk menjadi ‘anjing kerajaan’ – terma yang sering dirujuk oleh penyokong pembangkang kepada pegawai atau anggota PDRM.

Lalu Azri cuba merayu agar tidak diapa-apakan anggota itu memandang dia hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis dan tidak lebih dari itu.

Malangnya, bukan saja rayuan itu tidak diendahkan, malah Azri juga telah dibelasah tanpa belas kasihan oleh 20 hingga 30 orang penyokong Bersih 3.0 yang sedang ‘naik hantu’.

Azri menjerit kesakitan. Kepalanya berlumuran darah, namun semua itu tidak diendahkan, bahkan pukulan yang diterimanya lagi teruk daripada apa yang terjadi pada anggota polis itu.

Puas dia merayu, puas dia memohon simpati tetapi apa yang dapat hanyalah sepak terajang insan-insan yang kononnya ‘BERSIH’.

Selepas puas dibelasah, Azri hanya dibiarkan sendiri menanggung kesakitan di lantai pusat membeli-belah itu sebelum diselamatkan.

Ketika artikel ini ditulis, Azri sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).



 
© RilekSantai All Rights Reserved