Selena Gomez Sudah Pandai Dedah Tubuh Pada Media

on Thursday, 28 June 2012


DIA baru berusia 19 tahun, tetapi Selena Gomez sudah muncul dalam siri popular televisyen, menghasilkan dua album yang mendapat sambutan hangat, serta memiliki seorang teman lelaki yang juga terkenal.

Kini, langkah Selena terus jauh apabila dia memperkenalkan wangian baru menggunakan namanya sebagai label.

Sesuai dengan statusnya sebagai superstar, kemunculan pewangi itu pasti membawa kesan besar, seperti dilihat ketika dia menjalani penggambaran untuk promosi produk berkenaan.

Remaja itu meningkatkan lagi kehangatan faktor tarikan seksualnya sesuai dengan peningkatan usia apabila tampil dengan imej yang lebih nakal dan liar.

Dia mengenakan gaun hitam ketika mendaki tangki dipenuhi air untuk sesi fotografi pewanginya.

Rambut Selena yang panjang dan hitam dibiar basah ketika dia membuat ombak pada air merah jambu dalam tangki berkenaan.

Gabungan warna latar belakang menggunakan biru menjadikan imej Selena begitu menonjol.

Di sebalik kesibukan tugasnya memenuhi jadual fotografi, Selena tetap menyediakan ruang berehat seketika untuk menggunakan iPhone walaupun ada kemungkinan alat itu terjatuh ke dalam air.

Dia dilihat menghantar mesej teks melalui telefon bimbit sebelum dia memanjat keluar dari tangki itu.

Februari lalu, dia dilihat melawat New York Februari lalu untuk memberikan sentuhan terakhir ke atas pewanginya.

Ditemui majalah People, Selena berkata, syarikat pengeluar minyak wangi itu mencadangkan idea yang menyebabkan dia sangat teruja.

“Produk ini benar-benar membanggakan saya,” katanya.

Sementara itu, teman lelaki Selena, Justin Bieber, juga sibuk dengan proses menyiapkan klip video lagu terbarunya, Boyfriend.

Sumber berkata, melalui promosi klip berkenaan, penyanyi kelahiran Kanada itu dapat dilihat “semakin dewasa.”

Katanya, Bieber kini berusia 18 tahun dan boleh memandu kereta.

“Dia memasuki alam dewasa dan peminat dapat melihat perubahan itu."

“Dia bukan lagi Justin Bieber yang pernah anda kenali sebelum ini,” katanya.

Bieber menjalani penggambaran itu di Los Angeles Mac lalu.

Pengarah klip video berkenaan berkata, minat Bieber kepada cinta dalam video itu membayangkan sifat sebenar penyanyi berkenaan di dunia sebenar.

Artis Wanita Yang Botakkan Kepala Tidak Di Gantung Kerja


Jika sebelum ini, ada akhbar yang melaporkan bahawa penyampai berita sambilan ntv7, Ras Adiba Radzi digantung dari tugasannya gara-gara membotakkan kepala, namun cerita sebenar lain pula kisahnya. Menurut laman rasmi Media Prima, laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana Ras Adiba tidak pernah digantung sebagaimana yang dilaporkan itu.

"Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa perbincangan bersama Ras Adiba Mohd Radzi berkaitan penampilan terbarunya sebagai menyokong usaha kempen amal membotakkan rambut masih berjalan.

"Kami telah menyokong usahanya dengan memberi liputan berita kepada inisiatif tersebut agar membawa kesedaran di kalangan orang awam. Pada waktu ini, Ras Adiba tidak pernah digantung dari tugasannya sebagai penyampai berita sambilan ntv7.

"Media Prima sentiasa menyokong mana-mana usaha menimbulkan kesedaran kanser di seluruh negara," demikian penjelasan Media Prima dipetik sebagai berkata mengenai isu ini.

Untuk info, spekulasi tersebut timbul gara-gara tindakan Ras Adiba membotakkan kepalanya baru-baru ini sebagai menyokong kempen Jom Botak Majlis Kanser Nasional untuk membantu kanak-kanak yang menghidap kanser. -myartis

8 Perisa Aiskrim Paling Pelik Di Dunia Mampu Buat Anda Termuntah


suka makan aiskrim??
mungkin 8 perisa baru di bawah patut anda cuba
sebagai pelengkap kepada minat anda terhadap
aiskrim...

Foie Gras and Caviar Ice Cream
aiskrim yang diperbuat menggunakan telur ikan salmon...
mesti pelik rasanya kan??

Candied Bacon Ice Cream
ini aiskrim perisa BABI...
jadi org islam dilarang makan okey... HARAM!!

Natural Viagra Ice Cream
ini tentu akan jadi aiskrim yang akan jadi
kegemaran kaum lelaki...
PERISA VIAGRA!!

Fish Ice Cream
aiskrim perisa ikan??
tentu rasnya tidak sama dgan keropok lekor...

Black Sesame Ice Cream
ini pula aiskrim perisa bijan hitam... nampak macam
sedap je, berani cuba??

Octopus Ice Cream
mak aiii... dasat betul kat jepun ni...
sotong kuritapun diorang blend jadik aiskrim!

Salad Ice Cream
perisa salad! yang ni sesuai untuk vegetarian...

Charcoal Ice Cream
dalam banyak2 ini la yang paling pelik...
AISKRIM PERISA ARANG!
mungkin boleh dijadikan pengganti kepada ubat gigi!

Sumber

Inilah 10 Artis Terkenal Yang Popular Tanpa Sebarang Bakat Seni

Pernah tak anda membaca akhbar atau melayari internet dan melihat wajah-wajah ini? Mereka popular. Anda kenal siapa mereka. Namun apabila diminta untuk menjelaskan apa yang membuatkan mereka popular, anda tidak tahu jawapannya. Media Hollywood menggelar mereka 'Fame w****'. Lady Gaga mungkin menggelarnya 'Fame Monster'. Mereka terkenal kerana menjadi terkenal atau dalam bahasa Inggerisnya "Famous for being famous" dan menjadi isu di Amerika kerana kehadiran mereka melambangkan pencemaran kepada definisi populariti dan kejayaan sebenar.

Begitu ramai untuk disenaraikan tetapi kami telah memilih sepuluh yang terbaik dan paling menjengkelkan.

PARIS HILTON
Tahap Popular: 10/10
Bakat Sebenar: 5/10
Kami harus akui, sebagai waris harta Hilton, Paris sebenarnya masih memiliki bakat sebagai seorang usahawan. Dia menjual produknya dengan cara memperbodohkan diri dan menjadikan dirinya bahan kutukan. Sementara semua orang memperkotak-katikkannya, Hilton terus mengumpul keuntungan. Genius!

Namun dia berada di tempat pertama dalam senarai kerana tanpa Hilton, tiada siapa akan kenal siapa Nicole Richie, Kimberly Stewart, Kim Kardashian dan semua pengikut-pengikutnya. Tanpa Hilton, tiadalah tradisi pita seks buatan sendiri, hukuman penjara selebriti, pertunangan sekejap, penghasilan single menggunakan teknologi auto-tune, rancangan realiti TV atau istilah "celebutante" (golongan elit yang menjadi terkenal hanya kerana kekayaan dan rupa paras menarik dimilikinya).

NICOLE RICHIE
Tahap Popular: 9/10
Bakat Sebenar: 5/10
Dia popular kerana dia anak angkat Lionel Richie. Namun itu tidak cukup buat Richie, lalu dia membuat keputusan untuk menumpang nama rakan karibnya Paris Hilton dan bersama-sama, membintangi siri TV "The Simple Life". Namanya mula masyhur dan dia menggunakannya dengan menjadi ilham pereka terkemuka Rachel Zoe. Namanya pudar seketika selepas pergaduhannya dengan Paris Hilton dan kembali popular apabila dia hamil anak kepada pemuzik Good Charlotte, Joel Madden. Kemudian dia popular kerana gayanya sepanjang waktu kehamilan dan tidak lama selepas itu menjadi popular kerana menjadi ibu Harlow Madden. Kemudian anda terlupa, siapa sebenarnya wanita ini?

KIM KARDASHIAN
Tahap Popular: 9/10
Bakat Sebenar: 2/10
Tiada siapa peduli bila mereka tahu Kim adalah anak kepada peguam OJ Simpson yang bernama Robert Kardashian. Tiada siapa peduli dia anak tiri olahragawan olimpik, Bruce Jenner. Dia mula terkenal selepas menjadi rakan karib kepada Paris Hilton. Selepas itu, pita seksnya tersebar dan nama Kim mula menjadi sebutan. Ryan Seacrest nampak aura keuntungan yang mengelilingi wanita dengan ratio dada dan punggung yang seimbang ini, maka Kim dan keluarganya ditawarkan untuk menjadi bintang realiti televisyen. Dia mula memasuki dunia modeling, mereka fesyen, minyak wangi, berlakon filem spoof dan menghasilkan single yang begitu berat dengan penggunaan auto-tune. Dia berkahwin dan bercerai dengan Kris Humphries, dia bercinta dengan Kanye West dan dia terus menjadi kaya-raya. Semuanya bermula denga pita seksnya.

Kimberly Stewart
KIMBERLY STEWART
Tahap Popular: 6/10
Bakat Sebenar: 5/10
Anda mungkin sangka Kimberly akan memiliki bakat yang sama seperti bapanya, legenda Rod Stewart. Sekurang-kurangnya Liv Tyler, seorang lagi anak kepada bintang legenda Steven Tyler, berjaya menjadi pelakon terkenal tanpa perlu bantuan bapanya. Namun begitu, selain daripada menjadi rakan karib dan rakan gaduh Paris Hilton, meniduri Tommy Lee dan jatuh motosikal, anda ingat apa lagi jasanya terhadap dunia?

KEVIN FEDERLINE
Tahap Popular: 4/10
Bakat Sebenar: 1/10
Kalau bukan kerana Britney Spears masih lagi bersedih atas perpisahannya dengan Justin Timberlake dan berada dalam mod 'rebound', dia pasti tidak akan mengahwini Kevin Federline. Penari sokongan ini cumalah cara Spears membuktikan pada dunia yang dia okay, tidak kisahlah sekiranya pembuktiannya itu ialah dengan mengahwini lelaki tak guna yang meninggalkan teman wanitanya yang sedang hamil untuk bersamanya. Baguslah. Britney boleh buktikan yang dia cukup subur untuk melahirkan dua orang anak dengan seorang lelaki tak guna, sementara Federline pula boleh gunakan populariti bekas isterinya untuk menghasilkan album rap dan mengadakan parti mewah. Satu sama?

HEIDI & SPENCER PRATT
Tahap Popular: 8/10
Bakat Sebenar: 4/10
Heidi Montague menjadi terkenal kerana menjadi rakan Lauren Conrad dalam siri realiti TV "The Hills". Kemudian dia mengahwini Spencer Pratt dan ia menjadikan lelaki itu terkenal. Spencer memiliki seorang kakak bernama Stephanie dan dia juga menjadi terkenal selepas perkahwinan adiknya. Rantaian populariti tanpa sebab ini terus berlangsung selagi tiada sesiapa cuba untuk mengharamkan pasangan ini daripada muncul di media massa. Tidak cukup dengan itu, Heidi yang semulajadinya cantik telah membuat 90 peratus pembedahan plastik terhadap tubuh dan wajahnya sementara Spencer sibuk berleter tentang keinsafannya dan usahanya untuk lahir semula sebagai penganut Kristian yang baik. Oh, jangan lupa tentang single auto-tune. Tidak mungkin anda akan jadi bintang tak berbakat tanpa single auto-tune!

REBECCA BLACK
Tahap Popular: 7/10
Bakat Sebenar: 5/10
Gadis berusia 15 tahun ini mula menjadi popular kerana lagunya "Friday" menjadi kegilaan di YouTube. Namun begitu, kegilaan itu bukan kerana ia lagu yang hebat atau kerana nyanyiannya sangat merdu bagaikan gadis Filipina Charice Pempengco yang mendapat tempat di hati peminat muzik melalui kemerduan suaranya. Tidak. Black menjadi popular kerana menyanyikan lagu yang paling bodoh di dunia (jika anda tolak ke tepi lagu "Stupid Hoe" oleh Nicki Minaj) dengan suara yang paling menjengkelkan di dunia, menggunakan teknologi yang paling berbahaya di dunia selain bom nuklear – mesin auto-tune.

MICHAEL LOHAN
Tahap Popular: 4/10
Bakat Sebenar: 0/10
Dia tidak memiliki bakat. Kalau bukan kerana anak perempuannya yang juga kaya dengan skandal dan masalahnya sendiri, Michael Lohan tidak akan dikenali sesiapa. Kalau bukan kerana dia bapa kepada Lindsay Lohan dan rajin menempelak media agar tidak mengganggu anaknya, tiada siapa akan peduli dengannya. Adakalanya bila anda lihat wajah Michael dan apa yang dia lakukan dalam media, anda akan terfikir, "Patutlah Lindsay Lohan jadi macam ni..."

BRISTOL PALIN
Tahap Popular: 7/10
Bakat Sebenar: 3/10
Dia mula terkenal kerana ibunya. Kalau bukan kerana usaha Parti Republikan yang cuba meniru usaha Demokrat (yang meletakkan Hillary Clinton dan seorang lelaki berkulit hitam bernama Barack Obama sebagai calon presiden mereka), Sarah Palin tidak akan menjadi pemain utama dalam politik Amerika. Bristol Palin juga tidak akan menjadi popular kerana hamil luar nikah. Ibunya tidak akan cuba menggunakan kehamilan itu untuk menarik hati pengundi dengan menunjukkan betapa dia menyokong kehidupan dan tidak akan membenarkan kandungan itu digugurkan. Bristol Palin tidak akan menyertai "Dancing With The Stars" selepas kelahiran anaknya dan menjadi terkenal untuk sebab-sebab yang tidak sepatutnya.

COURTNEY STODDEN
Tahap Popular: 10/10
Bakat Sebenar: 0/10
Dia memiliki aspirasi untuk menjadi penyanyi dan menghasilkan lagu auto-tune sekalipun suaranya tidaklah sesedap mana. Tak apa. Semua orang memiliki impian. Dia mengahwini bintang "Lost" Doug Hutchinson ketika berusia 16 tahun sedangkan Doug pula berusia 51 tahun. Tak apa. Cinta tak kenal usia. Kemudian dia mula menayangkan tubuh badannya di media dan melakukan aksi-aksi lucah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang masih di bawah umur sehingga semua orang mempersoalkan umur sebenarnya.

Sumber

Artis Lahirkan Anak Luar Nikah Masih Membisu Tanpa Sebarang Penjelasan


Penyebaran beberapa keping gambar yang memaparkan seorang wanita dipercayai Norish Karman berada di hospital seakan memberi jawapan kepada spekulasi hangat mengenai aktres tersebut sebelum ini.

Menerusi laman Rotikaya, Foto- foto yang dimuatnaik oleh seorang peminat hiburan di forum Cari beberapa hari lalu menyaksikan wanita yang didakwa sebagai Norish bersama seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada 24 September 2011 di KPJ Cheras sekitar jam 6.13 petang.

Terdapat gambar yang menunjukkan tag yang tertera maklumat hospital dan butiran peribadi si ibu yang bertulis, 'Nor'asikin Karman' (sama dengan nama sebenar Norish Karman), tarikh lahir pada 11/05/74 (yang juga merupakan tarikh lahir pelakon berusia 38 tahun ini) dan bayi lelaki yang diberi nama Alexander Bin Abdullah.


Jumaat lepas, program hiburan sensasi TV9 ada menyebut mengenai seorang aktres wanita yang sanggup memakai tudung labuh dan purda dipercayai demi menyembunyikan identitinya yang baru lepas bersalin. Laporan tersebut adalah susulan daripada dakwaan seorang pengguna laman Facebook yang menyiarkan foto seorang wanita didakwa Norish, berada di atas kerusi roda (dipercayai baru keluar dari bilik bersalin) sambil mengenakan tudung labuh lengkap purda.

Tahun lepas heboh seketika dunia hiburan Malaysia apabila memperkatakan tentang seorang aktres yang khabarnya menetap di Bali, Indonesia bukan kerana melebarkan sayap karier lakonannya sebaliknya cuba menyembunyikan kandungan luar nikahnya.

Maka ramai pemerhati dunia hiburan mengatakan aktres tersebut adalah Norish Karman lantaran ketiadaan kelibatnya pada masa khabar angin itu hangat diperkatakan.

Walaubagaimanapaun, Norish kemudiannya menafikan dakwaan tersebut sekitar Disember 2011 lalu.


Norish sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Pengerusi Eksekutif syarikat Perspec Prime (M) Sdn Bhd, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Haqiem Amany, 13, Muhammad Hady Amieran,9, dan Nur Hanyz Amanda,9 sebelum bercerai pada 15 Julai 2008 selepas Norish didakwa menjalin hubungan sulit dengan Mohd. Luqman Mohd. Amin, abang kepada penyanyi Farahdhiya.

Faizal Hussein Terbitkan Buku Untuk Menyindir Perfileman Negara?


Pelakon Faizal Hussein menjelaskan buku pertama tulisannya berjudul Limelight bukan bertujuan untuk menyindir atau mengaibkan mana-mana pihak di dalam industri perfileman tanah air.

Faizal berkata, buku itu sebaliknya memaparkan realiti sebenar dunia perfileman tempatan berdasarkan pengalamannya selama 40 tahun bergelar pelakon.

"Mungkin beberapa kandungan dalam buku ini akan menyinggung pihak tertentu tetapi semua itu adalah fakta dan cerita yang saya dengar dan lalui dalam industri perfileman sepanjang 40 tahun.

"Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada semua jika ada yang kurang senang atau terasa. Namun ia dihasilkan untuk tatapan dan panduan kepada warga seni khususnya yang baru mengenai selok-belok industri," ujarnya kepada mStar Online.

Limelight memaparkan corat-coret dunia perfileman daripada kaca mata aktor itu.Ia juga adalah perkongsian kisah peribadi Faizal yang dilahirkan daripada keluarga seni aktor dan pengarah veteran Allahyarham Hussein Abu Hassan dan aktres Allahyarham Mahyon Ismail.

Buku setebal 200 halaman itu diterbitkan Merpati Jingga dan bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Bercerita lanjut, Faizal menyifatkan buku tersebut sebagai medan terbaik untuk dia memberikan panduan dan bimbingan kepada karyawan muda berhubung matlamat sebenar dalam dunia seni.

"Majoriti artis baru hanya melihat bidang ini untuk popular dan hidup mewah sedangkan anak seni mempunyai tanggungjawab yang besar kepada masyarakat.

"Saya mahu berkongsi dengan anak seni dan pekerja-pekerja filem dan membetulkan matlamat sebenar dan tanggungjawab mereka berdasarkan pengalaman saya selama ini," luahnya.

Ditanya mengenai keberaniannya mendedahkan realiti sebenar industri filem dalam buku itu, Faizal berkata dia bersedia menerima pelbagai reaksi ekoran tindakan itu.

"Saya sedar apabila kita bercerita dengan ikhlas mengenai sesuatu kebenaran, pasti ada pihak yang tersinggung dengan pendedahan itu.

"Ada banyak kisah sebenar berkaitan pengalaman dan luahan arwah bapa saya mengenai industri, selain cerita peribadi saya dan keluarga. Tapi saya berasa ia perlu dikongsi kepada khalayak," akuinya.Dalam perkembangan lain, Faizal berkata dia bakal memulakan penggambaran filem terbaru arahan Bade Hj Azmi berjudul Hitam Putih tidak lama lagi.

Dua filemnya Pencinta dan Gila-Gila Remaja pula menantikan slot tayangan di pawagam. -mstar

Gambar Terlampau Awek Sekolah Dari Indonesia

on Tuesday, 26 June 2012






Gambar Awek Euro 2012 Dari Semua Pasukan Euro


Awek dari negara mana

Gambar Gadis 15 Tahun Yang Mirip Watak Anime Jepun

Lagi gadis menyerupai patung, kali ini seorang gadis berusia 15 tahun yang mengupload video dirinya menyerupai patung ke Youtube.Gadis berasal dari London bernama Venus Palermo aka nama onlinenya Venus Angelic ini muncul di rancangan tv ITV show Daybreak dan dipertahankan oleh ibunya bahawa dia rela melihat anak gadisnya sebegitu dan itu lebih baik dari melihat anak gadisnya mabuk atau mengandung luar nikah.



Venus yang memiliki 78 video termasuk tutorial solek dan seni kuku di laman Youtube mula merubah penampilannya berinspirasikan anime Jepun selepas melawat negara itu.Venus yang berpakaian boneka setiap hari menjelaskan bahawa dia mengambil masa selama 15 minit untuk mengaplikasikan solekan ke wajahnya termasuk memakai bedak, pembayang mata pink, maskara, penggaris bibir dan lip gloss.[dailymail]

Gambar Kanak-Kanak Istimewa Mempunyai Semangat Kental Mengejar Cita

Ramai diantara kita yang selalu mengeluh tentang kekurangan diri, jerawat sikit sudah bising kan? Tapi tingu gadis ni, dia kehilangan kakinya ketika kemalangan, hanya menggunakan basketball sebagai pengganti kakinya yang dipotong dari pangkal pahanya.. Namun dia masih ingin mencapai cita-citanya untuk mewakili pasukan Paralimpik China bagi acara renang, kini, Qian Hongyan menjalani latihan untuk mnghadapi paralimpik 2012 London.


Hargailah diri kamu seadanya, dan kejarlah cita-cita kamu!











Gambar Gadis 18 Tahun Yang Ketagih Makan Plastik

Seorang gadis di Sacramento, California mengaku bahawa dia ketagih memakan barang plastik sejak 11 tahun lalu.Kailyn, 18, mendedahkan tabiat pemakanan peliknya yang sehingga kini lebih daripada 60,000 barangan plastik menjadi menu utamanya.

“Saya telah memakan 12 alat kawalan jauh, lebih daripada 5,000 manik, 1,000 sudu koktel, 100 garfu, 10 botol air, dua puting botol, tiga bekas cakera padat (CD), 50 batang penyangkut baju, 25 tudung botol dan banyak lagi,” katanya.

Gadis manis itu mendakwa dia lebih suka mengunyah barang diperbuat dari plastik berbanding makanan berkhasiat disarankan doktor.-gambar cool







Sempurna rupa dan akal tetapi mempunyai sifat pelik..macam-macam yang pelik sekarang ni !
 
© RilekSantai All Rights Reserved