Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

GRO layan pelanggan dalam semak dicekup

on Tuesday, 18 June 2013

SUNGAI PETANI - Seorang wanita berusia awal 30-an bersama pasangannya ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam kawasan semak berhampiran Pekan Lama, Sungai Petani baru-baru ini.

Wanita tersebut, dikenali sebagai Rina (bukan nama sebenar) dipercayai telah lama dan berpengalaman sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) selain aktif terjebak dengan perbuatan itu.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan tujuh anggota bersiap sedia melakukan serbuan kira-kira jam 7 malam melalui lorong tikus sehinggalah sampai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, wanita itu bersama pasangannya leka berseronok sehingga tidak menyedari kehadiran anggota penguatkuasa yang datang ke lokasi kejadian sebelum serbuan dilakukan.

Rina ketika disoal siasat oleh anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.


“Semasa serbuan kami dapati, di kawasan berkenaan (dalam semak) berlaku kegiatan maksiat dan tidak bermoral antara seorang wanita bersama pasangannya.

“Antara alasan yang diberikan wanita itu ialah dia terpaksa melakukan perbuatan terkutuk tersebut bagi menyara tiga orang anak yang masih kecil,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selepas disoal siasat, wanita itu mengaku turut melayan nafsu pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa serta warga asing yang ingin mendapatkan perkhidmatannya.

“Turut ditemui semasa serbuan dalam semak berkenaanialah tilam dan kondom yang dipercayai digunakan oleh GRO untuk melayani pelanggan,”katanya.

Menurut Zaiferi, lokasi berkenaan juga merupakan lokasi panas yang kerap dijadikan ‘port’ maksiat serta diketahui umum bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan tersebut.

Katanya, pihaknya menasihati mana-mana individu yang beragama Islam supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk mahupun melanggar syariat Islam selain balik ke pangkal jalan sekiranya tersilap langkah.

Individu yang dipercayai bersalah boleh didakwa di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun. - SINAR HARIAN

Janda anak 3 dicekup khalwat dengan warga nepal

KLUANG - Seorang janda tiga anak ditangkap khalwat bersama pasangannya warga Nepal di salah sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin.

Mereka dicekup dalam sebuah bilik hotel berkenaan ketika operasi cegah maksiat oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) Cawangan Kluang.

Wanita berusia 30 tahun itu sudah bercerai dengan suaminya kira-kira setahun lalu, mengakui berkenalan dengan pasangannya itu di kilang tempat mereka bekerja.

Wanita itu juga menyatakan kesediaan untuk bernikah dengan pasangannya meskipun menyedari lelaki itu bukan Islam.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor mengesahkan penahanan pasangan terbabit, dan wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Johor.

“Lelaki warga Nepal dilepaskan selepas pemeriksaan dan pengambilan maklumat diri, namun diminta untuk datang ke pejabat pada hari ini (semalam) untuk membantu siasatan.

“Manakala, wanita tersebut turut dikehendaki melaporkan diri setelah dijamin oleh ahli keluarganya dan bakal berhadapan dengan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau Dua tahun Penjara atau kedua-duanya,” katanya.

3 Pelajar Universiti Maut , Kereta Langgar Pembahagi Jalan

on Monday, 17 June 2013

3 Pelajar Universiti Maut Jam 5 Pagi, Kereta Langgar Pembahagi Jalan | Tiga orang pelajar disebuah universiti tempatan maut pagi tadi dalam satu kemalangan di Lebuhraya Persekutuan sebelum Plaza Tol Batu Tiga.





Dalam kejadian itu, Perodua Viva yang dinaiki penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kesemuanya berusia 18 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.

Mangsa masing-masing dua lelaki dan seorang wanita maut di tempat kejadian manakala penumpang wanita yang cedera di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Mayat dihantar ke Rumah Mayat HTAR untuk diuruskan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk pengebumian manakala mangsa yang cedera ditempatkan di wad untuk rawatan lanjut.

sumber: KEZOOM

Berzina dengan isteri orang,2 malam tidur di hospital akibat dibelasah

Mangsa dan wanita berkenaan dibawa ke Balai Polis Jertih sebelum diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah.

Projek dengan isteri orang, 2 Malam tidur di hospital dibelasah orang kampung | BESUT – Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.

Menurutnya sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini.

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya.

Kejam! Mayat Bayi Dibuang Ditemui Tanpa Kepala, Kaki

on Saturday, 8 June 2013





AMPANG – Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.

“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.

Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.

“Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.

[KEJAM] Lepas Bunuh Remaja Perempuan, Si Pembunuh Update Facebook Mangsa




“Hehe...tiada siapa boleh jumpa saya !!!! Pembunuh Parhwine Kaur” ini paparan Facebook (FB) milik mangsa bunuh, Parhwine Lucia Mejia Kaur, 18, yang tersebar di laman sosial itu sejak semalam.
Status FB yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu dikemas kini jam 3.33 petang kelmarin oleh orang yang disyaki bertanggungjawab terhadap pembunuhan remaja malang itu.
Dalam paparan itu, terdapat juga komen balas daripada dua individu dipercayai rakan mangsa mengecam perbuatan pelaku terbabit namun, dia dengan selamba membalas “bapak dia selalu cakap lebih...suruh ah tangkap aku...” dan “kenapa tangkap orang yang tak bersalah...!!!!?!?” seolah-olah mengejek pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat status laman sosial yang tersebar itu bagi memastikan sama ada ia benar atau palsu.

“Kita menahan seorang lelaki yang juga teman lelaki mangsa kelmarin dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Harian Metro Rabu lalu melaporkan, seorang remaja perempuan ditemui maut dengan kesan luka kecil berlubang di lehernya dalam longkang padang bola sepak sebuah kawasan perumahan di Jalan Tiung 5, Puchong Jaya, dekat Serdang.

Mayatnya ditemui tertiarap dengan lengkap berpakaian oleh beberapa penduduk kawasan berkenaan yang bermain bola sebelum mereka menghubungi polis.
- Harian Metro

sumber

Pencuri putus kaki dilibas parang

on Monday, 3 June 2013


GAMBAR: Kaki Pencuri PUTUS Dilibas Parang!
Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan pagi tadi.
Awalnya suspek cuba mengambil besi di kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari anak saudara kepada pemilik kolam tersebut, kira-kira jam 11 pagi.
Si suspek pada awalnya cuba tunjuk hero dengan menyerang pemilik kolam dengan menggunakan besi yang diambil dari kolam.
Sebelum itu, pemilik kolam mengejar suspek dan apa lagi suspek lari la dengan memandu sebuah van. Bagaimanapun, suspek terlanggar pemilik kolam.
Suspek terus keluar dari van, mengambil besi dan melibas ke arah pemilik kolam.
Dalam syok-syok suspek melibas, pemilik kolam mencapai golok di raga motornya dan turut melibas bagi mempertahankan diri.
Libasan pemilik kolam mengenai pergelangan kaki kiri suspek. Terputus woooo…
Suspek kemudiannya menyerah diri dan suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. –

Gadis 14 tahun hamil dirogol teman lelaki

on Tuesday, 28 May 2013

Ibu syak sesuatu selepas dapati badan anak makin berisi
Chukai: Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah di sini, hamil empat bulan dipercayai dirogol teman lelakinya, Januari lalu.
Kejadian menimpa mangsa berusia 14 tahun itu hanya disedari ibunya apabila mengesyaki sesuatu selepas mendapati berlaku perubahan fizikal pada tubuh anak gadisnya yang semakin berisi, selain sering muntah dan kerap ponteng sekolah.
Doktor sahkan hamil
Sumber berkata, berikutan itu, ibu mangsa yang juga suri rumah membawa anaknya ke sebuah klinik kesihatan di Kertih, pada 19 Mei lalu dan doktor mengesahkan pelajar terbabit hamil empat bulan.
Berikutan itu, ibu mangsa mendesak anak gadisnya supaya menceritakan kejadian yang menimpanya.
Rumah suspek
“Mangsa mendakwa dirogol teman lelakinya di rumah keluarga suspek di kampung yang sama.
“Kejadian dikatakan berlaku pada jam 2.30 petang, 14 Januari lalu,” katanya.
Berikutan pengakuan anaknya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kertih dan polis sudah mengenalpasti suspek dan dijangka ditahan pada bila-bila masa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam, mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Benang mop dalam tomyam

Benang mop dalam tomyam
SHAH ALAM – “Saya dah makan separuh ingatkan daun limau purut, tapi bila tekan lembut rupa-rupanya tali mop dalam tomyam,” demikianlah reaksi seorang penggemar tomyam setelah menemui tali mop dalam hidangan makan malamnya.
Pelanggan, Khairul Anuar Mulim, 28, berkata, dia kesal  tahap kebersihan dan ketidakpekaan pengusaha makanan terhadap makanan disajikan kepada pelanggan mereka.
Menceritakan semula insiden ‘geli’ dialaminya Khairul Anuar berkata, selepas penemuan itu isterinya hilang selera makan dan asyik muntah mengenangkan tali mop dalam tomyam yang dimakannya malam kelmarin.
“Pulang dari kerja petang kelmarin, saya bungkuskan tomyam untuk saya manakala kuew teow ladna untuk isteri untuk makan malam kami berdua.
“Sedang menikmati saya nampak macam tali dalam tomyam saya pada mulanya saya fikirkan urat daun limau purut tetapi bila saya tekan (perah) ia seperti bulu rupanya tali mop lantai,” katanya yang juga seorang penjawat awam kepada Sinar Harian, semalam.
Dia yang kemudiannya, memasukkan semula baki tomyam berkenaan ke dalam plastik lalu dibawanya pergi ke kedai itu semula untuk mendapatkan penjelasan.
“Setibanya di kaunter pembayaran saya buka plastik berkenaan dan mengambil sudu kemudian menunjukkan kepada penjaga kaunter. Saya minta dia teka, katanya ini macam tali mop lantai.
“Saya minta ganti rugi sebagai denda kerana mereka cuai bagaimanapun pengusaha dan tukang masak hanya menjanjikan tom yam diganti dengan yang baru, tetapi saya tolak…saya minta RM100,” katanya.
Namun pengusaha kedai berkenaan tidak melayan kehendaknya dan menyatakan kesediaannya untuk diambil sebarang tindakan undang-undang.

Ngeri! Ayahanda Gombak Ditetak Bertubi-Tubi

on Monday, 27 May 2013


Seorang penjual telefon bimbit parah selepas dibelasah dan ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di gerai makan di sini, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa bersama dua rakan lelakinya sedang makan di Melati Setia Tomyam, di sini.

Bagaimanapun, tiba-tiba datang tiga lelaki tidak dikenali membawa parang dan kayu besbol terus menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan berlaku pergaduhan.

“Ketika kejadian itu, hanya mangsa saja diserang dan ditetak bertubi- tubi pada anggota badan manakala dua rakannya tidak diapa-apakan.

“Selepas beberapa minit membelasah mangsa, semua suspek melarikan diri dengan kereta yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian,” katanya.

Abdul Rahim berkata, mangsa yang parah dihantar ke HKL oleh rakannya selepas tidak sedarkan diri.

Berikut adalah laporan polis yg telah dibuat.

Gombak rpt 3927/13 bertarikh 22/05/13@ 0245hrs.

Sek 324KK I.O: Insp Farouq

Pengadu Mohd Fadli b Yusoff (46 thn)(penghantar surat)

Pada jam l/kurang 0030hrs 22/05/13, semasa pengadu sdg mkn di Melati Setia Tomyam, gombak setia bersama kawan nama Jali@Tyson dan seorg lg kawan jali. Tiba-tiba datang 2/L/melayu dan 1/L/cina membawa parang dan kayu telah serang jali dari arah belakang. Jali cedera di belakang badan bahu kiri dan kanan, tangan kanan dan peha kanan. Saspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah m/kar jenis dan no. Pendaftaran tak pasti warna gelap. Ambulans telah membawa mangsa ke HKL. 

Temubual awal dgn mangsa di HKl dapati mangsa 

Nama: Zazali b Safri 661223-10-6207 

Kerja : Berniaga handphone.

Menurut doktor yg merawat mangsa terdapat 10 "slash wounds" pd badan mangsa; 6 dibelakang bada, 1 pada bahu kanan dan 1 pd bahu kiri,1 pada pergelangan tangan kanan dan 1 lagi pada peha kanan. Mangsa tidak kenal saspek dan tidak pasti motif saspek kerana tiada bermusuh dgn sesiapa. Mangsa adalah ayahanda kawasan gombak (ayah tyson).

Di Rogol Abang Kandung Gadis Ini Melahirkan Anak Di Usia 12 Tahun

on Thursday, 23 May 2013




Tressa Middleton masih duduk di bangku sekolah rendah ketika melahirkan anak pertama. Usianya masih belum genap 12 tahun ketika abangnya melakukan kekerasan seksual yang membuat dia hamil.

Hasil DNA membuktikan bahawa abangnya sebagai ayah biologi anak perempuannya. Akibat perbuatan itu membuat abangnya dipenjara. Sementara ia harus membesarkan putri kecilnya seorang diri.

Dua tahun berjuang membesarkan anaknya, Middleton akhirnya menyerah. Gadis asal Bathgate, West Lothian, ini terpaksa menuruti saran lembaga sosial untuk menyerahkan puterinya kepada orang tua asuh demi masa depan lebih baik.

"Hati saya berkecamuk, ketika mereka membawa putri saya untuk diterima pakai," ujarnya, dipetik The Sun. "Saya tahu, saya terlalu muda menjadi seorang ibu, tapi saya dua tahun membesarkannya sendiri, saya mencintai dia lebih dari segalanya."




Enam tahun berlalu. Kini, Middleton tengah menunggu kelahiran anak kedua, hasil cinta bersama pasangan hidupnya. "Saya bahagia akan kembali menjadi ibu, tapi di sisi lain saya takut. Saya trauma dengan pengalaman masa lalu yang membuat putri saya diragut."

Trauma itu memang masih menyiksa. Setiap malam, ia selalu tidur dengan patung beruang milik putrinya terdahulu. Itu menjadi lambang bahawa ia tak akan pernah melupakan dan mengikis cintanya untuk sang puteri.

Ia berharap suatu saat boleh bertemu lagi dengan puteri sulungnya. Setiap tahun, ia mendapat dua surat dari orang tua asuh putrinya. Melalui surat itu, ia boleh menyemak keadaan putrinya dalam keadaan baik, meski ia tak boleh menyentuhnya.

"Saya ingin mengatakan saya sangat mencintainya, dan jika ia ingin bertemu saya selalu ada bila-bila masa untuk dia," ujarnya

-tabekpuang

Ketua Pengedar dadah ditangkap kerana kebodohan teman wanita

on Friday, 17 May 2013

Ketua sebuah geng pengedar dadah di China telah ditangkap polis kerana salah teman wanitanya yang bergambar dengan duitnya yang mana telah muat naik di laman sosial. Gadis tersebut adalah seorang pekerja di sebuah kelab malam sekitar Zhenjiang telah bergambar dengan duit sebanyak RM120,000 untuk ditunjukkan kepada rakannya. Polis mensyaki sesuatu yang tak kena dengan gadis tersebut sehingga membawa polis untuk mengesan yang duit tersebut milik Chen yang merupakan ketua pengedar dadah di Fujian serta Jiangsu. Polis berjaya menahan Chen selepas beberapa minggu dengan bukti yang kukuh. 

#Bnyak duit tapi bangang.








Gadis 19 tahun berkemban diperkosa warga asing

on Thursday, 16 May 2013



gambar sekadar hiasan

AMPANG: Malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang ‘berkemban’ sebaik keluar bilik air apabila diperkosa seorang kenalan di dalam rumahnya di Pandan Indah, di sini, malam kelmarin.Lelaki warga Myanmar terbabit dipercayai menyelinap masuk ke bilik mangsa ketika gadis itu mandi.Menurut sumber, dalam kejadian jam 10 malam itu, lelaki itu menyerang mangsa dari arah belakang.


“Mangsa yang juga pelayan restoran terkejut dengan tindakan lelaki terbabit, bagaimanapun tidak dapat melarikan diri apabila suspek menolak mangsa hingga dia terjatuh ke lantai.“Suspek memaki-hamun mangsa supaya tidak melawan. Lelaki itu kemudian membuka tuala dipakai mangsa sebelum memperkosanya,” katanya.

Sumber berkata, selepas beberapa jam kemudian suspek keluar dari rumah berkenaan dan mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.Menurutnya, remaja terbabit dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Gadis 16 tahun diperkosa dalam rumah dan dibunuh



TAIPING: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui maut, dipercayai dirogol sebelum kepalanya dibenam di dalam kolah di bilik air rumahnya di sini, petang kelmarin.

Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Dato’ Wan Ahmad Rasdi (SMKDWAR) itu ditemui adik lelakinya dalam keadaan kepala dan seluruh badan dalam kolah selain cedera parah di kepala akibat dipukul benda keras.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa seorang diri di rumah sebelum kediamannya dimasuki individu tidak dikenali yang kemudian cuba merogol dan mencabul mangsa sebelum dia dibunuh.

Dalam kejadian jam 4.30 petang di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, mangsa dikenali sebagai Nurul Aien Mohd Saimon ditemui maut oleh adik lelakinya yang baru pulang dari rumah neneknya, 300 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung jam 4.30 petang.

Inilah lelaki yang terpaksa diusir dari Negara Arab kerana terlalu kacak

on Tuesday, 30 April 2013



Awal minggu ini terdapat beberapa laporan yang mengatakan 3 orang pemuda UAE diusir dari Festival Kebudyaan Dan Adat Jenadrivah di Arab Saudi kerana terlaku kacak. Pihak polis moral (mutaweem)menghalau mereka kerana dikatakan menyebabkan wanita yang menghadiri festival ini teransang dengan kekacakan mereka. Salah seorang pemuda yang dihalau ini ialah Omar Borkan Al Gala, seorang model, pelakon dan jurugambar. Adakah beliau benar-benar kacak? Adakah turn on melihat Omar memakai jubah dan keffiyeh.







Laporan asal AsianTown

Warga Emas Cedera Ditumbuk Selepas Bertikam Lidah Isu Politik

on Sunday, 28 April 2013


Rasanya selepas pembubaran parlimen pada 3 April lalu, banyak kes pertengkaran atau pergaduhan berlaku akibat daripada fahaman ideologi partipolitik yang berbeza. Terbaru, seorang warga emas cedera ditumbuk selepas bertikam lidah berkaitan isu politik.

Mohd Shukri (kanan) pada sidang media di IPK Perak, kelmarin
IPOH – Kerana mulut badan binasa. Itulah yang terjadi pada seorang peniaga warga emas apabila ditumbuk seorang lelaki ketika sedang menikmati sarapan di sebuah kedai makan di Pekan Kuala Kurau, pagi kelmarin.
Warga emas berusia 63 tahun itu dipercayai ditumbuk suspek selepas berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua berkaitan politik.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa sedang bersarapan seorang diri sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba membuat provokasi berhubung parti politik yang disokong mangsa.
“Pertengkaran itu berlaku beberapa minit sebelum suspek bertindak menumbuk muka mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di pipi sebelah kiri.
“Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kurau berhubung kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga setahun, denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak, semalam.
Hadir sama, Jurucakap Pilihan Raya Umum Polis Kontinjen Negeri, Superintendan Maszely Minhad.
Sementara itu, dalam kes berasingan di Gerik, sekumpulan empat lelaki dipercayai ahli sebuah parti datang ke Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Kampung Kerunai dan didakwa bertindak memarahi petugas yang berada di bilik berkenaan.
Menurutnya, kumpulan lelaki terbabit berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan sebuah poster yang digantung sekitar kawasan berkenaan.
“Mereka didakwa menyerang petugas berusia 26 tahun itu dengan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak.
“Bagaimanapun, polis berjaya meleraikan pertengkaran tersebut bagi mengelakkan perkara lebih buruk daripada berlaku,” ujarnya.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Shukri berkata, sebanyak 17 kes dilaporkan dan empat kertas siasatan dibuka serta 144 ceramah diadakan di seluruh negeri sehingga jam 4 petang semalam.
“Jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan adalah sebanyak 193 kes sejak pembubaran Parlimen pada 3 April lalu,” katanya. – Sinar harian

# Inilah akibatnya terlalu fanatik dan taksub dengan parti masing-masing, sehingga bertindak di luar batasan apabila ada pihak yang tidak mempunyai fahaman dengan kita.
J

Gadis 16 tahun mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki

on Thursday, 11 April 2013


KUALA LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.

“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.

“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.
Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.
Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.

“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.
“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.

“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.

“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.
Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.
“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.

Derita seorang pramugari diaibkan bekas teman lelaki

SUBANG JAYA: Akibat tidak dapat menerima kenyataan cintanya ditolak, seorang pakar teknologi maklumat (IT) sanggup memasang niat mahu memusnahkan kerjaya dan keluarga pramugari yang digilainya sejak zaman persekolahan dulu.


Lelaki berusia 37 tahun itu bukan sekadar menggodam dan mengubah suai laman sosial milik mangsa, malah turut memasang perangkap bagi memastikan pramugari berkenaan ditangkap khalwat dengan tunang yang kini suaminya.

Perbuatan lelaki itu yang sanggup melakukan apa saja bagi memastikan niat jahatnya tercapai, membuatkan wanita terbabit trauma dan ketakutan sejak 10 bulan lalu sehingga terpaksa menumpang di kediaman kakak di sini setiap kali bercuti.

Menceritakan kembali apa yang berlaku, pramugari itu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Aisyah, 35, berkata dia mengenali bekas teman lelakinya sejak zaman persekolahan sebelum mereka bertemu semula kira-kira dua tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius.

“Namun, hubungan itu putus kerana saya tidak tahan dengan sikapnya yang cemburu buta dan panas baran, sehinggakan anak saya yang berusia lapan tahun hasil perkahwinan terdahulu ditampar disebabkan saya menumpukan perhatian terhadap anak setiap kali saya bercuti.


“Saya kemudiannya berkenalan dengan seorang pegawai kanan kerajaan ketika berada di luar negara dan kami mengambil keputusan berkahwin, Julai lalu. Bermula dari situ, bekas teman lelaki saya tidak dapat menerima kenyataan dan melakukan pelbagai perbuatan untuk mengaibkan saya,” katanya yang ditemui semalam.

Mentua paksa langkah al-Quran untuk dapatkan isteri dan anak


BUKTI...Mohd Ikmal menunjukkan tiga laporan kepada Jais dan polis yang dibuatnya.
BUKTI...Mohd Ikmal menunjukkan tiga laporan kepada Jais dan polis yang dibuatnya.

KUCHING: Tidak sanggup menanggung dosa besar angkara syarat pelik keluarga mentua yang memaksa melangkah al-Quran sebelum dibenar mendapatkan kembali isteri dan anak-anak, seorang saudara baru mengadu kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), selain membuat laporan polis.

Sebelum ini, Mohd Ikmal Hakimie Abdullah, 32, sudah tujuh kali melangkah al-Quran di depan pintu utama rumah mentuanya selepas dipaksa berbuat demikian oleh keluarga mentuanya yang beragama Islam.


Dia mendakwa, setiap kali berbuat demikian kejadian itu turut disaksikan dua penduduk kampung mentuanya di Trusan Jaya, di sini, termasuk seorang daripadanya berbangsa Cina.

Mohd Ikmal mendakwa, syarat pelik keluarga mentuanya itu kali pertama berlaku pada Disember 2008 ketika dia bertandang ke rumah mereka bagi menjemput isteri berusia 27 tahun dan dua anak lelaki berusia tiga serta lima tahun selepas wanita berkenaan melarikan diri dari rumahnya di Sematan.

“Saya dipaksa melakukan perbuatan itu sebagai syarat mendapatkan semula isteri dan anak serta membuktikan saya tidak mengamalkan sihir. Ini kerana keluarga mentua menuduh saya mengamalkan sihir ketika datang mengambil isteri dan anak di rumahnya.

Bakal mempelai dicekup khalwat

on Thursday, 4 April 2013


Bakal mempelai dicekup khalwat
Antara pasangan yang dicekup Jaij dalam operasi yang dijalankan.
JOHOR BAHRU - Seorang pemuda memberi pelbagai alasan kerana bimbang dirinya diambil tindakan selepas ditangkap khalwat bersama teman wanita di sebuah hotel bajet, di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan pertama sekitar jam 12.45 pagi, lelaki terbabit bersama teman wanita masing-masing berusia 21 tahun itu mengakui sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Bagaimanapun, mereka ditahan ketika sedang berdua-duaan dalam bilik hotel terbabit.

Lelaki terbabit ditemui tidak berbaju dan sekadar memakai seluar panjang, manakala pasangannya hanya berbaju dalam serta menutup tubuh menggunakan tuala.

Bimbang dikenakan tindakan lanjut, pemuda terbabit memohon maaf serta merayu kepada anggota dan pegawai penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) supaya tidak menahannya.

“Saya hanya teman dia (teman wanita) mandi sahaja. Kami tidak buat apa-apa dan cuma mahu tidur. Tolonglah jangan ambil tindakan ke atas saya.

“Saya minta maaf dan bersedia membayar denda sekarang. Saya tidak mahu ditahan kerana ibu bapa saya sekarang sedang sakit, tolonglah encik,” katanya.

Sementara itu, di lokasi sama, sepasang kekasih tergamam apabila bilik hotel yang disewanya diketuk anggota dan pegawai penguatkuasaan Jaij dalam serbuan kedua sekitar jam 1.05 pagi.

Oleh kerana bimbang untuk membuka pintu, lelaki berusia 26 tahun bertindak meninjau kehadiran anggota ops menerusi tingkap bilik air hotel terbabit.

Dia bersama teman wanitanya berusia 23 tahun yang ditemui berpakaian lengkap hanya membenarkan anggota dan pegawai penguatkuasaan Jaij masuk ke dalam bilik selepas 10 minit menunggu.

Kadi Daerah Johor Bahru, Ahmad Hanif Naim berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa Jaij, Khairudin Mat Ali memeriksa hotel berkenaan.
 
© RilekSantai All Rights Reserved