Showing posts with label Info dan Tips. Show all posts
Showing posts with label Info dan Tips. Show all posts

Power Bank Pembekal Bateri Telefon Palsu Berisi Pasir

on Saturday, 18 May 2013


penggunaan powerbankdikatakan semakin meluas, di mana-mana sahaja mesti ada orang yang menggunakannya, banyak peniaga yang menjual powerbank ini kerana mendapat permintaan yang tinggi.
Tapi bagi pembeli, anda hendaklah berhati-hati dan berwaspada dengan powerbank yang hendak dibeli, ada satu kes di mana seorang pembeli ditipu apabila powerbank yang dibelinya berisi pasir. Walaupun berlaku di luar negara tak mustahil boleh berlaku di negara kita.
Niat seorang lelaki di Taiwan membeli bateri portabel atau popular disebut “power bank” berkapasiti besar, mendapat nasib malang apabila peranti yang dibeli itu dipenuhi pasir.

Lelaki ini dikatakan membeli sebuah power bank berkapasiti “24000 mAh” buatan sebuah syarikat berasal dari Shenzhen, China.
Jika dilihat sepintas lalu, tak ada yang pelik atau luar biasa dengan power bank berwarna putih tersebut. Terdapat satu butang ‘ON’ diikuti lampu-lampu indikator dan port USB. Yang mencurigakan adalah keterangan kapasiti yang terdengar terlalu luar biasa.
Setelah dibuka, ternyata di bahagian dalam power bank ini ditemui dua beg plastik berisi pasir, yang kemungkinan sengaja ditempatkan untuk memberi sensasi “berat” yang meyakinkan.
Power bank tersebut masih boleh digunakan untuk mengisi bateri gadget kerana memang menyediakan sebuah power-cell yang kelihatan uzur. Kapasiti aslinya tidak diketahui, tetapi kemungkinan besar tidak mencapai 24000 mAh yang tertulis pada pelekat di bahagian bawahnya.

Info : Gaji & Elaun Untuk Agong, Sultan, PM/Menteri

on Friday, 17 May 2013



So, mari kita lihat berapa gaji dan elaun yang diberi pada orang orang ni semua. Orang-orang penting negara kita ni.. 

Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri Agong.

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).
Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu meninggal semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ....

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)


Sumber : Here

Kisah Seram Di Highway Bukit Gerik & Highway Gerik-Baling (Gambar)


Jom baca kisah seram yang dikongsi oleh seorang pembaca di forum CariGold... Layan~

Mggu lepas kami sekeluarga dpt berita adik Ipar aku eksiden motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu. Jadi kami sekeluarga diminta utk balik mlm tu juga...

Tetapi dlm perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dpt call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah... Allah lebih sayangkan dia... Al-Fatihah...

Jadi kami teruskan juga perjalanan keTrg dgn hati yg tabah...

Setelah semua selesai, Ahad mlm Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yg perlu disiapkan, dan kami bertolak dari K.Trg dlm 10.30mlm...

Mula masuk H'way Bukit Grik dlm 1.30 pagi... dan sepanjang prjalanan aku rasa mcm biasa..cuma bini aku ckp dia pening dan rasa nak muntah..mgkn sebab jln bengkang-bengkok...

Alhmdllah, kami sampi ke Grik dlm kul 4.10pagi gitu, dan kami stop kat R&R sebab aku nak p toilet...

mcm biasa aku lock kereta kalau aku tggl sat anak bini aku, tapi alhmdllah mlm tu aku tergerak nak kasi on alarm...

Tiba-2 kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas p tgk kereta aku, tak ada apa-2 berlaku...
Then aku p dptkan bini aku, dia nmpk mcm takut...

Aku tanya kenapa? Dia kata ada org lalu mundar mandir depan keta aku tu, tgk direct kat depa dlm keta...

Then, masa tu keta aku berbunyi...Then tiba-2 org tu hilang...So aku pujuk bini ckp maybe org driver lorry dkt-2 situ yg lepak sama....

Then kami teruskan perjlanan ke Penang... start nak masuk H'way baru Grik-Baling dlm kul 4.30pagi... Aku nampak kabus tebal... Rasa berat hati nak teruskan...ingat nak U-turn...jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jln aku nak U-turn...

Tapi bila terus...still takder lampu jln, sebab bateri solar utk lampu tu dah habis kot...
so aku make desicion teruskan perjlanan...

Tiba-2 aku rasa semcm jer...Then bini aku tiba-2 mcm terkejut! Aku pesan kat dia baca apa yg patut...Aku pun sama baca apa yg patut...

Then tiba-2 aku rasa keta aku mcm berat... aku tekan myk juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4... masa tu turun bukit! Hangpa bayangkan turun bukit guna gear 4

Utk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit... Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit...Tapi ini turun bukit gear 4.

Alhmdllah depan kami ada lori balak..rasa ringan semula...
Bila aku dah overtake lori tu...tak lama aku rasa berat balik...
Mcm tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4...Aku nekad. Aku mesti lawan balik demi anak bini aku....

Sepnjg nak kuar h'way tu nak sampai ke Baling, dlm 3-4 kali aku rasa mcm tu...
Kadang-2 aku mcm terasa nak tgk tepi cermin...tapi bila tgk takder apa-2...
Alhmdllah, kami dpt kuar dari H'way tu dan sampai ke Baling...

Then takder rasa apa-2...Lepas tu ada bukit-2 nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5....

Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku ckp kat bini aku... (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-2 kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ...)
Lepas aku ckp kat bini aku, barulah bini aku rasa 'burden' yg dia rasa tadi hilang tiba-2..rasa lega...
Kami selamat sampai rumah kat seberang jaya dlm kul 7.30 pagi...

itu pun aku sempat lagi p beli nasi kandar kat Jalil bagan...
Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yg berlaku...
Bini aku ckp, masa perjalanan nak ke K.Trg pun dah ada nampak benda pelik...

Dia nampak mcm org tua lelaki kat tepi jln kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia...
Then masa nak balik ke Penang, still org yg sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum.
Then dia kata masa kat H'way Grik Baling tu org tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dgn beranikan diri buat tak tahu jer...
Kuat juga bini aku. Tahniah!

Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga...Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat...
Dia ada nmpk mcm benda putih follow kereta kami... Nauzhubillah..!

Tapi Alhamdullah, kami selamat sampai rumah....Then kami cerita benda tu kat family kat kg,... Adik ipar aku yg sorang tu cerita, dlm bulan lepas, member dia terbabas kereta kat H'way Baling Grik sebab rasa benda yg sama..kereta rasa berat, then lost control terbabas...
dia kata kami Alhamdullah kuat juga dpt lawan....

Jadi aku pesan kat korang, kalau nak lalu H'way Baling grik tu, kalau boleh jgn lewat sgt..Tunggu sat kat Pekan Grik tu...dah masuk subuh, then boleh la kot tempoh jln tu...
Tapi kalau kuat, belasah jer...

Lagi kalau korang ada any experience or info tntg topik aku bukak ni, boleh la share kat sini...
At least takder la member-2 kita kena benda yg sama aku kena..or maybe lagi teruk!

P/s: Aku ada dgr, ada org nmpk mcm kepala terbang masa lalu h'way tu... Ye la, sebab byk bukit kena potong sebab nak buat h'way tu..Mgkn ganggu tempat 'depa'....
Wallahualam....

Sumber

Semakan Online Keputusan bagi pelajar yang menduduki SPM pada 2012

on Thursday, 21 March 2013


Semakan Online Keputusan SPM 2013

Semakan Online Keputusan SPM 2013 | admin juga sediakan cara buat semakan Melalui SMS . Tarikh semak Keputusan SPM 2012 akan keluar pada 21 March 2013 bermula 10.00 pagi . Para pelajar dan Ibu bapa di sarankan agar sentiasa dari masa ke semasa mengikuti laman ini untuk mendapatkan maklumat terkini dengan tepat.

Semakan Online Keputusan SPM 2013

Cara Semakan Keputusan SPM 2012 melalui Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memudahkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan secara online.Dibawah cara-cara:


2) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
3) Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
4) klik butang Semak Laporan.
Cara Semakan Keputusan SPM 2011 melalui sms

Semakan Online Keputusan SPM 2013

Anda jugak boleh semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Langkah-langkahnya :

- Semakan SMS: Taip SPM [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888

- Contoh: SPM 950909125151 BC001A040 hantar ke 15888


ANDA DISARANKAN AGAR MENUNGGU TARIKH SEBENAR YANG DIKELUARKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. ADMIN AKAN UPDATE BILA TARIKH SEBENAR KEPUTUSAN SPM 2012 AKAN DIKELUARKAN. TERUSKAN BERSAMA .

Kepada mereka yang berjaya diucapkan tahniah! .Pada mereka yang sebaliknya teruskan usaha ,hidup mesti diteruskan!. Sebenarnya tiada orang yang gagal kecuali orang yang berputus asa! Teruskan Usaha dengan sabar dan dirikanlah sembahyang!


Bagi lepasan SPM tahun 2012 Dan STPM 2011/2012 ini, kerajaan dah ambil inisiatif untuk memudahkan adik-adik yang berminat untuk menyambung pelajaran ke IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam). UPU dah buatkan satu laman web untuk memudahkan adik-adik semak kelayakan melalui online sahaja. Tak perlulah juling mata lagi nak baca borang yang setebal novel untuk semak satu persatu kelayakan adik-adik

Semakan Online Syarat Kelayakan Kemasukan Ke IPTA 2013 / 2014


Semakan Online Syarat Kelayakan Kemasukan Ke IPTA 2013 / 2014

Semakan Online Syarat Kelayakan Kemasukan Ke IPTA 2013 / 2014 |  Bagi lepasan SPM tahun 2012 Dan STPM 2012 ini, kerajaan dah ambil inisiatif untuk memudahkan adik-adik yang berminat untuk menyambung pelajaran ke IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam). 

Pertama sekali, UPU dah buatkan satu laman web untuk memudahkan adik-adik semak kelayakan melalui online sahaja. Tak perlulah juling mata lagi nak baca borang yang setebal novel untuk semak satu persatu kelayakan adik-adik. Apa yang perlu dibuat ialah dengan klik pada pautan dibawah :


Langkah - Langkahnya :

Step 1 

Klik Tulisan Berwarna Merah Diatas

Step 2

Akan Keluar Gambar Seperti Dibawa ini. Seterusnya, Isi No Mykad, Nama Penuh Anda, No.Telefon dan Email. Sudah Selesai Silah Pilih Kelayakan atau Kelulusan anda sama ada SPM atau STPM

Semakan Online Syarat Kelayakan Kemasukan Ke IPTA 2013 / 2014



Step 3

Seterusnya akan keluar gambar seperti dibawa ini dan anda dikehendaki untuk mengisi keputusan MUET, Aliran STPM yang anda ambil, Keputusan STPM mengikut Sabjek yang anda ambil dan SPM. Dah Siap Klik Button Seterusnya

Semakan Online Syarat Kelayakan Kemasukan Ke IPTA 2013 / 2014

Step 4

Seterunya akan keluar seperti gambar dibawah ini.. dan disini anda dikehendaki untuk memilih IPTA. Sudah Pilih IPTA pilihan anda. Klik semak Syarat Kelayakan

Semakan Online Syarat Kelayakan Kemasukan Ke IPTA 2013 / 2014


Step 5 

Semakan Online Syarat Kelayakan Kemasukan Ke IPTA 2013 / 2014


Dan Hasilnya akan keluar Macam Di atas  ini ... Bagi yang bertanda warna hijau itu menunjukkan anda layak dalam kursus tersebut dan warna merah anda tidak layak .. n selamat mencuba.

90 fakta tentang Lelaki Yang Perempuan Kena Tahu

on Sunday, 17 March 2013


Untuk entri kali ni , 90 fakta tentang Lelaki Yang Perempuan Kena Tahu ! 

1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.

2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.

3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.

4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.

5-Apa kau sedang buat? "Atau" Kau sudah makan? "Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.

6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.

7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.

8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.

9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.

10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.

11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. ...Tak akan berani punya :)

12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.

13-Lelaki menangis!!

14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.

15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.

16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.

18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.

19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.

20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.

21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.

22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.

23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.

24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!

25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.

26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.

27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)

28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!

29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.

30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul)

31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.

32-Kelemahan lelaki ialah di 'atas' lutut.

33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.

35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.

36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.

37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.

38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.

39-Kebanyakan lelaki benci gay!

40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.

41-Lelaki sayang ibu mereka.

42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.

43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.

44-Apabila seorang gadis mengatakan "tidak", seorang lelaki mendengar sebagai "cuba lagi".

45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan "Diamlah" dengan begitu baik.

46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.

47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.

48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.

49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.

50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)

51-Lelaki sering memikirkan gadis yang suka kepadanya. Tetapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu suka gadis itu.

52-Lelaki tidak benar-benar mempunyai keputusan muktamad.

53-Tiada lelaki tidak baik apabila dia sedang mengurat.

54-Mana-mana lelaki boleh mengendalikan masalah sendiri. Cuma dia terlalu degil untuk menanganinya.

55-Lelaki suka dengan gadis yang boleh memasak.

56-Lelaki akan membuang masa beliau terhadap permainan video dan bola sepak.

57-Lelaki sentiasa menganggap perempuan ni aneh dan mempunyai keputusan yang tidak dapat diramalkan tetapi mereka akan masih menyayangi mereka.

58-Lelaki tidak suka gadis-gadis yang boleh menumbuk lebih kuat daripada mereka.

59-Apabila seorang lelaki memandang ke arah anda, ianya samada dia kagum kat anda atau dia mengkritik anda.

60-Anda tidak akan dapat memahami melainkan jika anda mendengarnya dari seorang lelaki.

61-Lelaki suka pada perempuan yang seperti ibu-ibu mereka. Jangan main-main!

62-Lelaki serta-merta boleh tahu jika gadis itu suka kat dia tetapi tidak dapat memastikan melainkan jika gadis itu memberitahu dia.

63-Lelaki percaya bahawa tidak ada perkara yang seperti cinta pandang pertama, tetapi akan tetap guna ayat tentang cinta pandang pertama itu untuk memikat gadis.

64-Jika seorang lelaki mula bercakap serius, ia tentu sangat penting.

65-Apabila seorang lelaki menyukai anda, dia akan mengajak anda keluar.

66-Lelaki juga boleh mencederakan diri mereka dari segi fizikal.

67-Apabila seorang lelaki mengatakan dia tergila-gila kat gadis itu. Dia serius.

68-Apabila seorang lelaki menyuruh anda meninggalkannya seorang diri, dia sebenarnya berkata, "Tolong temani aku".

69-Perempuan adalah kelemahan lelaki.

70-Jika anda membuat lelaki itu menderita dalam perhubungan, ia akan menjadi sukar untuk dia melepaskan anda.

71-Ketinggian perempuan tidak penting untuk seorang lelaki tetapi berat badannya amat penting!

72-Lelaki lebih suka perempuan yang tahu guna otak daripada yang tahu guna badan.

73-Apabila masalah datang, lelaki lebih menyalahkan diri mereka berbanding perempuan.

74-Lelaki terlalu banyak berfikir.

75-Fantasi lelaki adalah tidak terhad.

76-Lelaki tidak dapat menyimpan rahsia yang diberitahu oleh perempuan.

77-Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah-
masalahnya, dia hanya perlu seseorang untuk mendengarnya. Anda tidak perlu memberi nasihat.

78-Lelaki akan hampir menyombong mengenai apa saja.

79-Kalau seorang lelaki berdiam diri, cuba la anda yang mulakan perbualan.

80-Apabila seorang lelaki berpura-pura bertenang, cuba periksa jika dia berpeluh. Anda akan tahu yang dia tu gementar.

81-Lelaki benci apabila pakaian mereka menjadi kotor. Walaupun cuma titik kecil.

82-Perbuatan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu suka kat anda ialah apabila dia akan bergurau dengan anda.

83-Apabila anda menangkap dia menipu kat kamu dan dia meminta peluang kedua, memberikan peluang kepadanya. Tetapi apabila anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang sekali lagi, tinggalkan dia.

84-Walaupun gurauan anda tak lucu, lelaki akan tetap senyum.

85-Lelaki cenderung menjadi terlalu posesif dalam hubungan.

86-Lelaki itu mempunyai semangat yang kuat untuk berubah tetapi mempunyai usaha yang lemah.

87-Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk berpisah dengan seorang perempuan terutama apabila mereka telah bersama-sama selama 3 tahun atau lebih.

88-Jika seorang lelaki memberitahu dia mencintai anda sekali seumur hidup. Dia betul-betul maksudkannya.

89-Lelaki benar-benar mengagumi perempuan yang mereka suka walaupun perempuan tu takla cantik sangat.

90-Lelaki tak suka perempuan yang kuat maki. :)

Kisah Benar Di Sebalik Pembunuhan Pahlawan Negara

on Monday, 11 March 2013




Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini beliau lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.
Kami terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun kami merasakan ianya perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
——————–
Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakkan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.
Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikoret mata jasad yang terbujur kaku itu.Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.
Dia bernasih baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.
Akhirnya dia diselamatkan. Ke dua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.
Airmatanya berlinang, dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-penggans itu. Mereka terlalu zalim.
Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang yg pergi.. semoga arwah ditempatkan dikalangan para syuhada…SUMBER

Kisah Benar Dari Seorang Tentera Malaysia Yang Beroperasi Di Sabah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa khabar kalian? semoga dalam keadaan baik-baik sahaja hendaknya, di sini ingin dikongsikan satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang tentera Malaysia yang sedang beroperasi di Sabah untuk membanteras pengganas-pengganas Sulu yang menceroboh di sana.
TERHARU dan RASA BERSEMANGAT…
kurang lebih dlm jam 4 ptg tadi kami diarahkan meronda disekitar bndar lahad datu dgn beberapa buah keta pesisai..ketika aku dgn kwn berhenti sekejap dgn kedai runcit bersebelahan dengan restoran makanan nak beli air mineral dgn tiba2..org ramai yg makan di restoran tu melaungkan sambil bertepuk tangan dorang kata ”askar…askar…” dan ada beberapa org remaja perempuan berkata ”abg..kamu bunuh semua penjahat2 tu ya bang” aku pun cakap ”jangan risau bha dik…ke lubang cacing pun kami akan buru dorg…”
Dgn tiba2 seorg remaja perempuan tu berkata ”aik..abg org sabahkah…” aku ckp balik dgn dorg ”iya bha..abg pun org sbh asal tawau,dan klu mau tau kebanyakan yg bertempur barisan hadapan semuanya org sbh…” semua org awam dikedai dan restoran tu tiba2 rapat dgn kami utk tangkap gmbr sbg kenangan dan bukan itu sahaja malah tauke kedai runcit dan restoran tu bagi kami makanan berkotak2 sekali dgn minuman…dan sblum kmi blik ke felda shbt 17 kg.tandou..sempat lg org2 disitu berkata dan mendoakan kami ”YA ALLAH SELAMATKAN LAH PEJUANG2 KAMI DAN BAGILAH DORANG KEKUATAN…”
Entahlah dgn tiba2 semua bdk sbh sekali dgn aku yg berada dlm kereta perisai MENITISKAN AIRMATA gembira dan bersemangat atas sokongan yg diberikan pada kami sewaktu dlm perjalanan ke kg.tandou…kata2 terakhir yg aku cakap dgn adik2,remaja,makcik2 dan pakcik2 yg berada dikedai runcit dan restoran itu tadi sebelum kami bergerak ialah ”ATAS NAMA ALLAH..KAMI SEMUA BUDAK SABAH YG DUDUK DIBARISAN HADAPAN TETAP AKAN BERJUANG SAMPAI TITISAN DARAH YG TERAKHIR KERANA SABAH TANAH TUMPAHNYA DARAH KITA…” ntah lah dgn tiba2 jak aku dgn kawan2ku mencium tangan pakcik dan makcik tauke kedai runcit tu…sbb umur mereka sebaya dgn ayah dan ibu kami…bayangkanlah walaupun kami dah bergerak dgn kereta perisai masi lg dorg laungkan ”ASKAR..ASKAR….”
Sejak kejadian tadi kami rasa terharu dan dihargai..kerana rakyat sabah pun berjuang bersama kami utk menjaga kedaulatan negara…bayangkanlah sampai ada pakcik dan makcik yg makan direstoran tadi sanggup jemput dan bagi alamat dorang ajak kami makan dirumah dorang…AKU YG MEWAKILI SELURUH WARGA A.T.M MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KPD SEMUA ORG SABAH TANAH TUMPAHNYA DARAH KITA…ALLAHUAKHBAR…

Sultan Sulu Terlupa Sesuatu

on Wednesday, 6 March 2013


Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu “Sultan” Jamalul Kiram terlupa sesuatu, “baginda” atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk “menyewakan” negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia).
Sultan Sulu Terlupa Sesuatu! - Terbakor
Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar “Baginda” mempunyai hak di Sabah, adakah “baginda” pernah menghantar “Tentera Diraja Sultan Sulu” untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. 

Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan ‘hak’ pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia.
 Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu “tidak serius” dan bersikap “lepas tangan” dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.
Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi “baginda” mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana “baginda” berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah.
Mungkin “Baginda” belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf “baginda” sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi. 
LIKE dan SHARE sejarah ini..

Terkini! Demo Di Hadapan Kedutaan Malaysia Di Filipina, Gambar PM Dibakar


Dikhabarkan berlakunya satu demonstrasi oleh rakyat Filipina di hadapan Kedutaan Malaysia negara itu. Punca berlakunya demo ini mungkin ada kaitan dengan serangan di Lahad Datu. Kami masih menunggu update terkini dari pihak berkuasa. Gambar PM kita turut dibakar di sana.
Terkini! Demo Di Hadapan Kedutaan Malaysia Di Filipina, Gambar PM Dibakar - Terbakor

Terkini! Demo Di Hadapan Kedutaan Malaysia Di Filipina, Gambar PM Dibakar - Terbakor
Terkini! Demo Di Hadapan Kedutaan Malaysia Di Filipina, Gambar PM Dibakar - Terbakor

Kenapa ATM Malaysia Guna Air Asia Untuk Ke Lahad Datu? r


Semalam kami perasan ramai yang terpinga-pinga mengapa Angkatan Tentera Diraja Malaysia menggunakan khidmat peswat Air Asia untuk menghantar anggota tambahan ke Sabah untuk operasi di Lahad Datu. Ada yang berkata ini adalah kerana pesawat Hercules milik TUDM rosak dan tak mampu terbang. Ada juga yag berkata ini semua helah Tony Fernandes nak buat duit. Ini semua spekulasi bangang yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Komik khas ini dihasilkan untuk menjawab persoalan di atas. 

p/s : Jom kita tinjau kisah disebaliknya.

Kenapa ATM Malaysia Guna Air Asia Untuk Ke Lahad Datu? - Terbakor
Kenapa ATM Malaysia Guna Air Asia Untuk Ke Lahad Datu? - Terbakor

Kenapa ATM Malaysia Guna Air Asia Untuk Ke Lahad Datu? - Terbakor
Kenapa ATM Malaysia Guna Air Asia Untuk Ke Lahad Datu? - Terbakor
Kenapa ATM Malaysia Guna Air Asia Untuk Ke Lahad Datu? - Terbakor
Kredit gambar
 
© RilekSantai All Rights Reserved