Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Serius : Rangka "Romeo & Juliet" Ditemui Di Cluj-Napoca, Romania

on Tuesday, 30 April 2013

Rangka sepasang kekasih berusia antara 1450 dan 1550 tahun ditemui dalam posisi berpegangan tangan di Romania.

Arkeologi dari Cluj-Napoca Institute of Archaeology and History of Art, Adrian Rasu mendakwa, rangka itu kemungkinan milik sepasang kekasih Romeo and Juliet.

“Penemuan ini timbul misteri kerana penguburan sedemikian belum pernah terjadi ketika zaman itu. Rangka lelaki berkenaan dalam keadaan luka parah kerana pinggangnya patah berbanding rangka wanita yang masih sempurna,” katanya.

Beliau berpendapat, pasangan itu disemadikan bersama sebagai penghormatan cinta mereka oleh penduduk kampung ketika itu.





Sumber : Here

Inilah lelaki yang terpaksa diusir dari Negara Arab kerana terlalu kacak



Awal minggu ini terdapat beberapa laporan yang mengatakan 3 orang pemuda UAE diusir dari Festival Kebudyaan Dan Adat Jenadrivah di Arab Saudi kerana terlaku kacak. Pihak polis moral (mutaweem)menghalau mereka kerana dikatakan menyebabkan wanita yang menghadiri festival ini teransang dengan kekacakan mereka. Salah seorang pemuda yang dihalau ini ialah Omar Borkan Al Gala, seorang model, pelakon dan jurugambar. Adakah beliau benar-benar kacak? Adakah turn on melihat Omar memakai jubah dan keffiyeh.







Laporan asal AsianTown

Lukisan bogel yang termahal di dunia

on Sunday, 28 April 2013


Pelik dan lucah tetapi mahal harganya mencecah jutaan ringgit. Itulah realiti dunia di mana setiap lukisan yang pelik dan lucah yang kadang-kadang langsung tidak difahami menjadi begitu mahal harganya.

Mungkin kelihatan lucah atau tiada makna bagi mereka yang buta seni. Namun, ianya mempunyai maksud tersirat yang hanya boleh difahami oleh mereka yang berjiwa seni.

YE KE? LANTAKLAH! Yang penting korang layan gambar-gambar lukisan kat bawah ni.

1. NU COUCHE DE DOS


 Lukisan ini dilukis pada tahun 1995 oleh Lucien Freud, dan dijual dengan harga $33.6 juta.

2. LES FEMMES D’ALGER


Lukisan telanjang ini dibuat oleh Pablo Picasso, dan dijual dengan harga $32 juta.


3. BENEFITS SUPERVISOR SLEEPING


Lukisan ini dilukis pada tahun 1995 oleh Lucien Freud, dan dijual dengan harga $33.6 juta.


4. STUDY OF NUDE WITH FIGURE IN A MIRROR


Lukisan ini dibuat oleh Francis Bacon pada 1992, dan dijual dengan harga $39.7 juta.

5. IN A BLACK ARMCHAIR


Lukisan ini dibuat pada tahun 1932 oleh Pablo Picasso, dan dijual dengan harga $45.1 juta.

3 Lelaki Terpaksa Keluar Dari Arab Saudi Kerana Terlalu Kacak


Dubai: Sekurang-kurangnya tiga lelaki yang menghadiri satu festival kebudayaan tahunan di Arab Saudi terpaksa dibawa keluar dari negara itu selepas pegawai polis agama menyifatkan mereka sebagai terlalu ‘kacak’ untuk tinggal di negara berkenaan.

Sekadar Gambar Hiasan
Ketiga-tiga lelaki terbabit adalah delegasi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang terbabit dalam Festival Kebudayaan dan Warisan Jenadrivah di Riyadh, apabila anggota mutaween terbabit tiba-tiba menyerbu pusat berkenaan dan membawa ketiga-tiga lelaki terbabit.
Bimbang pengunjung wanita
“Pegawai festival berkata bahawa ketiga lelaki UAE terbabit dibawa keluar kerana alasan mereka terlalu kacak dan Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar dikatakan bimbang pengunjung wanita boleh jatuh hati dengan mereka,” lapor akhbar berbahasa Arab, Elaph.
Delegasi negara UAE terbabit terpaksa dihantar pulang ke negara asal mereka.
Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan delegasi UAE terbabit berikutan insiden itu berkata bahawa, polis agama terbabit sebenarnya terkejut dengan kehadiran seorang artis wanita dari UAE. – Agensi, BH

Kanak-kanak 2 Tahun Dinikahkan Dengan Bayi 9 Bulan

on Thursday, 11 April 2013

Sebuah pernikahan unik berlangsung di Pasar I, Sikabung-kabung, Kec. Sunggal, Deliserdang, kelmarin (20/3). Unik keranaa mempelai lelaki berusia 2 tahun dan mempelai perempuannya baru berusia 9 bulan. Mereka adalah Sangap Siregar dan Julian br Sinulingga. Berlangsung di rumah orangtua Julian, pernikahan kedua anak kecil itu berlangsung sederhana. Di bawah rindangnya juntaian pelepah sawit yang mengelilingi tempat tinggal pengantin perempuan, tetamu datang mengenakan kain sarung duduk bersila di bawah tenda biru (khemah) menyaksikan jalannya pernikahan itu.
Menikah disaat belum mengerti apa-apa sama sekali (gambar hiasan)

Seperti pernikahan lain, saksi juga dipersiapkan lebih dulu sebelum dimulaikan acara pernikahan yang agak aneh ini. Dua saksi yang dihadapkan ketika itu adalah Ponten Sinulingga (62) dan Zailani Sinulingga (58). Keduanya adalah datuk pengantin. Sedangkan yang menjadi tuan kadinya atau yang menikahkan adalah anak sauadara dari keluarga ayah pengantin wanita.

Namun, sebelumnya, mahar atau wang pinangan harus diberikan dulu. “wang antarannya sebanyak Rp.300 ribu, wang saksi Rp.20 ribu, satu orang Rp.10 ribu. Sedangkan maharnya atau mas kahwinya sebesar Rp.58 ribu, ,” ujar Ponten . Tak menunggu lama, acarapun selesai dilaksanakan. Sebagai rasa syukur, para undangan dijamu. Menurut Ponten, keluarganya telah dua kali melangsungkan perkahwinan seperti ini. “Sekitar 8 bulan lalu, kita juga buat acara seperti ini,” katanya disetujui Zailani.

Lanjut Ponten lagi, apa yang dilakukan keluarganya ketika ini merupakan warisan . “Ini salah satu adat di suku Karo dan tak boleh dilakukan sembarangan. Ertinya jika ada hal-hal yang memang mengharuskan dilakukannya perkahwinan tadi, “ ucapnya. Pernikahan ini berlaku kerana  sipengantin lelaki selalu sakit. “Dari mulai umur satu bulan, dia sakit-, bahkan setiap minggu 3 kali keluar masuk hospital. Entah berapa puluh juta wang sudah dihabiskan untuk mengubatinya, tapi tetap saja kesihatannya tak sembuh. Hal ini terus berlangsung hingga Sangap berusia dua tahun lebih,“ jelas Ponten, menyebut ibu Sangap, Ratnadewi Br Sinulingga adalah anak perempuannya.

“Sangap ini anakku, mereka tinggal di Jl. Selar, Kel. Belawan Bahagia, Belawan,”  Ponten memperjelas. Nah, kerana keadaan kesihatan Sangap kian memburuk, oleh keluarga, Sangap dibawa berubat dengan cara tradisional. “Kerana tak tahu lagi mahu berubat kemana, ahirnya Sangap dibawa berubat ketempat datuknya, Zailani ini,” ujar Ponten.

Sejak diubati Zailani, kesihatan Sangap mulai membaik. Semangat hidup Sangap akan tumbuh bila dinikahkan dengan saudara ibunya. Bahkan, namanya Sangap harus diganti. Dulu, Sangap bernama M. Ridho Alfarizi. “Harus diganti kerana nama tersebut tidak sesuai,” jelas Andareas Sinulingga (33), ayah Julian, saudara kandung ibu Sangap.

Kerana kesihatannya terus pulih, rancangan menikahkan Sangap dengan Julian pun ditentukan. “Ini boleh dikatakan nikah gantung, sebab masing-masing anak ini nantinya boleh membuat pilihan sendiri. Ertinya tidak harus menikah dengan pasangannya sekarang, tapi dengan catatan bila salah satunya menikah harus membayar denda mahar kepada pasangan satu lagi. Andai yang menikah lebih dulu bila dewasa nanti yang perempuan, maka dia harus membayar denda dua kali lganda mahar kepada si laki-laki, begitu juga sebaliknya. Memang belum ada kejadian pasangan kanak-kanak ini jadi sampai mereka dewasa,“ cerita Ponten panjang lebar.

Sedangkan Sori Bangun Siregar (46), ayah Sanggap, mengaku senang akan pernikahan anaknya ini. “Yang jelas sejak diubati sama datuknya itu, anakku sihat, sekarang dah tak pernah lagi ke hospital kalau tidak seminggu tiga kali wajib,” akunya. “Kalau hal begini sudah biasa sama kami orang karo, jadi bukan suatu keganjilan,“ kata Dewi, isteri Bangun Siregar.

Sementara Andareas mengaku senang melihat Sangap sihat seperti sekarang ini. “Yang memberikan nama Sangap itu aku, sebelumnya namanya M .Rido Alfarizi, waktu berusia beberapa bulan. Aku sudah memberitahu sama kakak (emaknya Sangap) kalau nama anaknya itu terlalu berat dan si anak tidak sanggup membawa nama tadi, tapi kakakku Dewi degil,” ungkap Andareas tersenyum.

Zailani yang ditemui mengaku kalau hal-hal seperti memang di luar logik. “Kalau kita cerita logik, ya tak logik rasanya tukar nama, boleh sihat. Tapi ya begitulah, semua ini merupakan adat suku Karo, jadi dengan perkahwinan kedua kanak-kanak ini, diharapkan keduanya sihat-sihat selalu, murah rezeki dan terlindung dari segala marabahaya. Kalau dijelaskan kenapa boleh seperti ini, ini sulit dijelaskan, sebab berhubungan dengan alam yang tak nampak  ertinya yang kita tanya mahunya semangat hidupnya si anak itu, dan waktu itu anak ini meminta dinikahkan dengan saudaranya, jadi kita buat seperti ini. Tidak sembarangan dan semua anak boleh dinikahkan, kalau misalnya tidak kita kabulkan, si anak mengancam akan meningalkan kita  (meninggal dunia),“ ungkap datuk itu memberitahu rahsia di balik resepsi unik itu. ruanghati.com 

Pelik, batu menyerupai bayi boleh menangis!

on Tuesday, 9 April 2013


Mengejutkan dijumpai batu yang menyerupai bayi menangis. Kisahnya di mana sebiji bongkah batu di dalam sebuah kolam yang telah kering di Kampung Pananjung di Jawa Barat didapati menyerupai wajah seorang bayi. Malah, batu itu dilihat boleh berubah-ubah dalam lingkungan jarak dua meter.
Pelik, batu menyerupai bayi boleh menangis! (2 Gambar)
Batu menyerupai wajah bayi itu mampu menunjukkan sama ada ekspresi sedih atau ceria dan penduduk di sekitar lokasi mengaku kerap mendengar suara tangisan dari batu tersebut. Air juga dikatakan keluar dari celah batu yang mirip dengan wajah anak kecil itu.
 
Pengunjung melihat bongkah batu yang menyerupai wajah bayi di Garut, Jawa Barat, baru-baru ini.
 
”Beberapa kali saya mengambil gambarnya, batu itu berubah-ubah sama ada menunjukkan wajah bayi yang sedang kesedihan atau ceria,” katanya kepada detikNews.
 
Menurut penduduk setempat, Ny. Atin, 35, terdapat beberapa lagi bongkah batu di dalam kolam yang telah kering itu.
 
”Rumah saya hanya 50 meter dari kolam itu. Jadi, saya dapat melihat dengan jelas batu itu menyerupai wajah seorang bayi,” katanya.
Pelik, batu menyerupai bayi boleh menangis! (2 Gambar)
Penduduk di sekitar lokasi mengaku kerap mendengar suara tangisan dari batu tersebut. Air juga keluar dari celah batu yang mirip dengan wajah anak kecil itu.
 
Menurut saksi Jumhur yang juga penduduk di situ,Suara tangisan biasanya kedengaran pada malam jumaat sahaja.

Gambar hantara yang sangat pelik untuk tahun 2013

on Thursday, 4 April 2013



Gambar ini diambil dari salah satu kenalan kami di facebook. Barang hantaran yang selalu diberi pada pasangan adalah wallet, handbag, kasut, sebuah kereta, belt, towel, barang perhiasan diri, buan-buahan, coklat dan manisan.

 So ini adalah contoh barang hantaran tunang/nikah yang paling unik pada tahun 2013.







Cuba anda teka barang2 yang dihantar..
1. Air compressor jenama Swan, 
2. Drill dinding jenama Bosch,
3. .....................................
4. .................................
5. ...........................

Adakah anda mempunyai pengalaman unik seperti ini? Mana lah tahu mungkin ada yang pernah
Jika ada, mari kongsikan bersama kami..

Lima beradik kongsi isteri tidur bergilir setiap malam

on Tuesday, 26 March 2013


FJ0U4Vh
RAJO Verma mendukung bayinya Jay bersama lima suaminya (dari kiri) Sant Ram, Bajju, Gopal, Guddu dan Dinesh di depan rumah mereka.

New Delhi: Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami.
Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.
Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersamasuami berbeza setiap malam mengikut giliran.
Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.
Rajo berkata: “Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.” Suamipertamanya, Guddu, 21, menegaskan: “Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.” Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah. Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami. Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.
Abang sulung Bajju berkata: “Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.” Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.
RAJO memasak, mengemas rumah dan menjaga anak ketika kelima-lima suaminya pergi bekerja.
RAJO memasak, mengemas rumah dan menjaga anak ketika kelima-lima suaminya pergi bekerja.
Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliyandri: “Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.” “Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. “Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.” – Agensi

Gempar Video Pemuda Mesir Jatuhkan Pesawat dengan Lastik

on Wednesday, 20 March 2013


Pemuda Mesir ini Jatuhkan Pesawat dengan lastik dan batu ? Dalam video ini kelihatan remaja laki-laki berada di sebuah padang pasir di Mesir. Dia melakukannya dengan mengunakan lastik yang berisikan batu kecil, yang diarahkan pada sebuah pesawat yang sedang berada di udara. 

Dengan sekali lastik pesawat tersebut jatuh, hebat ! remaja laki-laki ini menjadi sangat kuat, sehingga mampu menembak jatuh pesawat tersebut hanya dengan menggunakan lastik dan batu ( Pasti ia akan menjadi sumber inspirasi pemuda palestin pula di Gaza . . .)




Sebenarnyakejadian ini hanyalah sebuah iklan yang sangat kreatif yang di hasilkan untuk mempromosikan produk "Tonger Energy Bar" Kenapa iklan ini di hasilkan sebegitu rupa ? Mungkinkah ada makna yang tersurat dan tersirat di sebalik pembuatan iklan ini. . .

Cikgu wanita yang mengajar lelaki untuk goda wanita kini jutawan

on Wednesday, 13 March 2013


Cikgu Mengajar Cara Mengoda Wanita kini Jutawan:-Kezia Noble adalah seorang gadis yang kini telah menjadi seorang jutawan. Kesemua ini adalah usahanya sendiri dan kini dia mendapat sebanyak RM18,000 setiap minggu dengan hanya mengajar lelaki untuk memikat perempuan. Kezia berjanji kepada kesemua lelaki yang menghadiri kursusnya pasti akan mendapat perempuan yang mereka idamkan. Kezia juga telah dipilih sebagai 'Female Pick Up Coach' pada tahun 2006. Sehingga kini, dia telah membuat 7000 orang lelaki memikat perempuan idaman mereka. 




Sajian makanan yang kejam binatang diseksa sebelum dihidang

on Monday, 25 February 2013



Menu Penyediaan Makanan Paling Kejam Di Dunia - Ikizukuri (Jepun)
Inilah antara cara penyediaan menu makanan direstoran yang boleh dianggap sangat tidak berperikemanusiaan
.Ikizukuri (Jepun)
Menu Penyediaan Makanan Paling Kejam Di Dunia - Ikizukuri (Jepun)
Makanan khas Jepun yang menyajikan ikan segar di atas piring dalam keadaan hidup. Di luar masyarakat Jepun, menu ini sangat kontroversi kerana makanan itu dianggap terlalu kejam. Menu ini menyajikan ikan diatas piring dengan tubuh yang sudah dihiris nipis-nipis namun ikan tersebut masih dalam keadaan masih hidup. Menggeliat malah masih berjuang untuk terus hidup di atas piring hidangan.
Ortolan (Perancis)
Nama menunya sesuai dengan sajian yang akan kalian dapatkan jika Anda memesan menu ini. Bahan sajian menu ini diperolehi dari burung Ortolan. Membuatnya cukup mudah, ketika burung ini hanya seberat 2 ons, kedua mata burung ini ditusuk di kedua matanya dan diberi makan secara paksa sehingga berat badannya naik dua ke empat kali ganda.
Selepas itu, burung tersebut dilemaskan hidup-hidup dalam Armagna (sejenis minuman keras). Burung yang sudah mati kemudiannya dipanggang selama 6-8 minit sebelum dijadikan santapan.
Foie Gras (Perancis)
Menu yang ini lebih sadis lagi, dibuat daripada hati (liver) angsa ataupun itik. Untuk menyediakan hidangan ini, itik/angsa terlebih dahulu harus memenuhi syarat tertentu.
Apabila umur itik/angsa telah cukup matang, lalu diberi makan dengan cara memaksa itik/angsa ini menelan jagung yang berlemak hingga hati (liver) haiwan-haiwan ini mengembang 6 kali ganda lebih besar. Setelah itu, barulah hati itik/angsa ini di hidangkan ke meja pelanggan.
Dojo Tofu (Jepun)
Cara memasaknya cukup mudah, rebus air hingga mendidih, masukan tofu hingga tenggelam ke dalam dasar baldi dan masukkan belut-belut kecil yang masih hidup di dalamnya. Belut-belut ini akan berebut untuk masuk ke dalam tofu yang sejuk kerana tidak tahan dengan air yang mendidih.
Hasilnya, sajian ini akan berbentuk seperti keju Swiss yang berlubang-lubang yang terbentuk kerana perjuangan belut-belut kecil yang meronta-ronta menghindari kepanasan air yang mendidih.
Feng Gan Ji (Tibet/China)
Menu masakan yang ini hanya memerlukan ayam segar dan pisau yang sangat tajam serta seorang tukang masak berhati dingin dan kejam. Persiapan untuk menu ini adalah siapkan ayam yang sudah dibelah perutnya hidup-hidup, lalu keluarkan isi perutnya dan digantikan dengan beberapa ramuan herba sebagai penyedap. Setelah itu, perut ayam dijahit semula dan digantung begitu saja di bawah terik matahari sehingga kering.
Huo Jia Lu (China)
Menu makanan ini adalah haiwan yang paling bodoh kepada manusia, keldai. Daging keldai memang sudah biasa menjadi santapan. Namun untuk menyajikan menu ini, menurut panduan memasak kuno dari China, supaya lebih sedap, daging keldai perlu dipotong dalam keadaan hidup, dimasak dan terus disajikan kepada para pelanggan.
Jiao Lu Rou (China)
Hampir sama seperti menu diatas, masakan ini menggunakan bahan yang sama iaitu daging keldai, namun berbeza cara penyajiannya. Keldai akan dikuliti hidup-hidup dan disiram dengan air mendidih pada dagingnya terus-menerus hingga masak. Daging keldai yang telah siap kemudian dipotong untuk segera disajikan.

Gambar awan berbentuk tangan membelah langit yang mengerunkan

on Thursday, 21 February 2013


SUBHANALLAH : AWAN MENYERUPAI TANGAN GERGASI | Gambar dibawah diperoleh dari seorang photographer amatur. Beliau menangkap gambar tersebut ketika awan tersebut membentuk tangan.
Menurut beliau, gambar tersebut tidak diedit menggunakan photoshop. Apa – apa pun hanya Allah yang Maha Mengetahui.

tangan awan
P/S : SubhanALLAH..Nampak cam real jew kan kan
Sumber : Here

Gadis cacah tatu dimuka bukti tanda cinta pada lelaki diinternet

on Wednesday, 6 February 2013


Rouslan Toumaniantz adalah seorang artis tatu terkenal di Belgium.
Baru-baru ini dia terjumpa seorang gadis bernama Lesya, seorang pereka di Saransk, Rusia melalui internet.
Mereka jatuh cinta dan bercadang untuk berkahwin.
Demi menunjukkan betapa sayangnya gadis itu, Rouslan kemudian telah membuat satu tatu muka penuh pada Lesya dengan menulis nama ‘Rouslan’.

 
© RilekSantai All Rights Reserved