Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Gambar Syafiq Rahim Bersama Kekasih Zandra Aziela

on Tuesday, 4 June 2013

Gambar Syafiq Rahim Bersama Kekasih Zandra Aziela | Sebelum ini kecoh seketika apabila gambar terbaru Zandra Aziela yang dikatakan sebagai kekasih Syafiq Rahim dilihat berpelukan dengan Anuar Zain. Anuar yang menyedari kesilapannya pantas memohon maaf secara terbuka dan semua itu telahpun berlalu dangan pantas.

Di bawah ini admin kongsikan gambar terkini Syafiq Rahim pemain bolasepak Johor Darul Takzim bersama kekasihnya Zandra Aziela. Memang cute ehh?

Gambar Syafiq Rahim Bersama Kekasih Zandra Aziela

Gambar Syafiq Rahim Bersama Kekasih Zandra Aziela

Gambar Syafiq Rahim Bersama Kekasih Zandra Aziela

Gambar Syafiq Rahim Bersama Kekasih Zandra Aziela

Gambar Syafiq Rahim Bersama Kekasih Zandra Aziela

Gambar Syafiq Rahim Bersama Kekasih Zandra Aziela

Gambar Syafiq Rahim Bersama Kekasih Zandra Aziela

Gambar Syafiq Rahim Bersama Kekasih Zandra Aziela

Gambar Syafiq Rahim Bersama Kekasih Zandra Aziela | Sebelum ini kecoh seketika apabila gambar terbaru Zandra Aziela yang dikatakan sebagai kekasih Syafiq Rahim dilihat berpelukan dengan Anuar Zain.

Gambar Safee Sali Bersama Kekasih Baru

on Friday, 31 May 2013

Sebelum ini, Safee Sali dilaporkan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon Julia Hana tetapi kedua-duanya tampil menafikan gosip tersebut. Menurut Safee Sali, beliau memang dah ada kekasih baru, tetapi bukan Julia Hana.
Dan yang terbaru, blog Rotikaya telah menyiarkan gambar Safee Sali dan kekasih barunya sedang membeli-belah di Plaza Senayan, Jakarta yang merupakan salah satu pusat membeli belah mewah dan ternama di Indonesia.
Gadis ini merupakan warga Indonesia & mengambil peluang berjumpa Safee Sali yang kebetulan berada di Jakarta untuk satu perlawanan bola sepak di sana.

Ronaldo Didakwa Curang Dengan Model Brazil, Miss BumBum (2 Gambar)

on Tuesday, 30 April 2013


Madrid – Penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo didakwa berlaku curang dengan teman wanitanya yang juga seorang model, Irina Shayk selepas meniduri seorang model Brazil yang digelar Miss BumBum.

Menurut model terbabit, Andressa Urach, 27, penyerang Real Madrid itu telah menidurinya selepas dia dikatakan teruja dengan wanita itu.

“Dia amat teruja dengan punggung saya, malah menggelar saya sebagai `little horse’,’’ kata Andressa.

Kedua-duanya dikatakan bertemu di sebuah bilik hotel minggu lepas.

Pemain bola sepak terkenal itu yang juga duta `Save the Children’ dikatakan telah menghubungi Andressa selepas mendapat nombor telefon wanita itu daripada seorang rakannya, bulan lepas.

Ronaldo kemudiannya dikatakan telah berhubung dengan Andressa melalui skype.

“Saya selalu membayangkan Cristiano sebagai lelaki paling menarik di dunia ini, dan saya tidak sangka yang saya akan bersamanya,’’ katanya.

Dalam pada itu, Ronaldo dalam twitternya memberitahu, dia hanya berada di hotel berkenaan untuk ditemubual oleh wartawan sepanyol sahaja.




Irina Shayk

Penjelasan Khairul Fahmi Apek Pemain Kelantan Sombong

on Monday, 8 April 2013



pemain kelantan sombong
Penjelasan Apek Khairul Fahmi isu pemain kelantan sombong. Baru-baru ni, telah tersebarnya foto peminat bersama beberapa pemain kelantan di sebuah restoran. Dalam gambar tersebut, seolah-olah beberapa orang pemain kelantan termasuk Apek sendiri tidak mahu untuk bergambar dengan peminatnya. Oleh itu, tersebarlah foto kontroversi mengenai isu seperti berikut dilaman sosial.

Isu Pemain Kelantan Sombong
Cuma nak cerita untuk tatapan bersama. Tengahari semalam (Khamis) saya dan keluarga berhenti rehat di r&r seremban utk makan. Alangkah gembira hati anak saya kerana berjumpa dengan pemain Kelantan iaitu Piya, apek , inderaputra sdg makan disitu. Apa yg saya kesalkan ialah sikap pemain ini sbb apabila diajak bergambar mereka palingkan muka. Inikah sikap pemain yg lagak bak superstar.Anak saya menyesal bergambar dan terus delete gambar mereka. Ini sbg ingatan kpd pemain bola iaitu jgn berlagak sbb liga malaysia bukanlah liga setaraf eropah atau asia. Saya puji pemain spt mahali, norazlan(selangor), azamudin, dan lain2 yg tidak sombong apabila jumpa peminat. Pesanan saya kpd pemain kelantan ni, jgn cepat lupa diri sbb populariti anda tidak kemana pun. – Gambar Dan Pendapat Salah Seorang Peminat di FACEBOOK
Ini Penjelasan Khairul Fahmi isu pemain kelantan dilabelkan Sombong
Menurut apek, mereka berada dalam keadaan tidak bersedia ketika gambar cuba diambil. Pada masa yang sama, apek turut menyatakan bahawa peminat tersebut ada mengambil gambar ketika wajah mereka dalam keadaan bersedia. Namun, dalam banyak-banyak foto yang diambil, foto yang mencetus kontroversi itulah yang disebarkan untuk menabur fitnah.
Penjelasan apek
Petikan SMS apek dalam bahasa Kelantan

Ini Bukti Cinta Cristiano Ronaldo kepada Islam





Bukti Cinta Ronaldo kepada Islam |

Cristiano Ronaldo Kagumi Al-Quran, Hafal Al-Fatihah & Senang Berwudhu,Cristiano Ronaldo Sumbang Kasut Emas 1.5 Juta Euro, Untuk Anak Palestin.


CRISTIANO Ronaldo lahir di Madeira, Portugal, anak dari Maria Dolores dos Santos Aveiro dan José Dinis Aveiro. Dia mempunyai  abang bernama Hugo, dan dua kakak perempuan, Elma dan Liliana CATIA.

Pemain terbaik Real Madrid dan team Portugal ini selalu membela kepentingan Islam, meski ia beragama Katolik yang taat. Khabar angin di media Sepanyol dan Portugal yang memberitakan jika CR7 akan menjadi seorang Muallaf.

Namun, hingga berita ini diturunkan, Ronaldo belum menyatakan, mengucapkan 2 kalimat Syahadah sebagai bukti ia telah masuk Islam, meski segala perbuatannya selalu menyokong Islam.

Berikut bukti dan fakta tentang CR7 tentang cintanya kepada Islam:

1. Cristiano Ronaldo bersimpati dengan Palestin, hal ini dibuktikannya dengan melelong kasut emasnya untuk disumbangkan kepada anak-anak Palestin.

Cristiano Ronaldo, bintang 'Seleccao' yang dilabelkan media barat memiliki sifat sombong tersebut ternyata mempunyai hati mulia. Bekas penggawa Manchester United (MU) itu dengan penuh keikhlasan memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada lembaga amal kelabnya. Hal itu dilakukan pemain berjuluk CR7 itu untuk membantu anak-anak Palestin.

Laman Qodsna pada akhir tahun lalu mengkhabarkan, lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1.4 juta Euro (atau Rp16, 77 Bilion). Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di Gaza.

2. Pada perlawanan Pra Piala Dunia, antara Portugal vs 'Zionis' Israel, selepas perlawanan yang berakhir dengan skor imbang 3-3, CR7 menolak bertukar jersey dengan pemain Israel, meski sudah banyak yang mengajaknya.

3. Tidak mahu menyebut negara Israel. Menurut laporan Shabestan, wartawan televisyen Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo, anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin? Bintang dunia asal Portugal ini menjawab, "Saya berada di bumi Palestin."

Padahal diketahui, Portugal bertanding melawan Israel, di kandang Israel, pada Jumaat (22/03) di perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan F.

4. Ronaldo kembali menyumbangkan wang bernilai 100 ribu Euro (atau Rp1, 39 Miliar) kepada korban perang Afghanistan pada Rabu (13/2). Seperti dikutip Reuters, Ronaldo menyumbangkan wang sebanyak itu dengan mengatasnamakan UEFA dan diserahkan melalui International Commitee of the Red Cross (ICRC).

Wang itu nantinya akan digunakan untuk membantu memulihkan warga Afghanistan yang kehilangan tubuh, kerana terkena letupan ranjau darat di negeri yang kerap terjadi peperangan tersebut. Aksi keprihatinan ini merupakan kali kedua bagi pemain yang dipanggil CR7.

5. Tertulis Lafaz Allah di Kepalanya Cristiano Ronaldo tanda ia mahu masuk Islam. Kejadian menarik ini bermula dari siku David Navarro yang mengenai dahi Cristiano Ronaldo. Kejadian itu berlaku pada minit ketiga hingga menyebabkan CR7 perlu mendapat rawatan yang cukup serius kerana dahinya mengeluarkan darah yang cukup banyak. Pasukan perubatan Real Madrid yang melihat kejadian tersebut tentunya tak tinggal diam.

Untuk memberikan rawatan demi menghentikan darah pemain berdarah Portugal tersebut, pasukan perubatan pun membawa Ronaldo ke pinggir lapangan. Yang menarik, kamera televisyen Aljazeera yang menyiarkan pertandingan itu mengetengahkan gaya model rambut Ronaldo ketika tengah menjalani rawatan di pinggir lapangan. Dan entah sengaja atau tidak, kamera televisyen seketika langsung menonjolkan potongan rambut Pemain Terbaik Dunia itu di mana dijumpai tulisan berlafazkan Allah SWT.

6. Sokong Palestin, Cristiano Ronaldo Dikecam Israel. Berbeza dengan Barcelona yang memiliki kedekatan dengan Israel, Real Madrid malah memilih menghampiri dengan Palestin. Tidak hanya ditunjukkan dasar kelab, sikap pemain Los Blancos juga demikian.

7. Aksi Ronaldo sebagai bentuk kemanusiaan. Ia menunjukkan kepedulian dan solidaritinya terhadap krisis Palestin dan warga Jalur Gaza. Ronaldo dikhabarkan pernah langsung berkunjung ke tanah pendudukan Palestin pada 2007 dan 2005.

Disana dia disambut suka cita oleh warga Palestin dan mendapat pengawalan ketat. Namun, Ronaldo dikecam media yang pemiliknya, MU menyokong dasar kerajaan 'Zionis'. Seperti diketahui, saat itu CR7 masih berseragam Manchester United.

Tasha Shilla Dan Mahali Jasuli Pamer Kemesraan Di Twitter


Tasha Shilla Dan Mahali Jasuli Pamer Kemesraan Di Twitter – Wah! walaupun masih belum ada sebarang kenyataan rasmi keluar daripada mulut pelakon, Tasha Shilla atau pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli mengenai status hubungan mereka tetapi kemesraan yang ditunjukan oleh mereka berdua seakan mengiakan cakap-cakap bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.
Tasha Shilla Dan Mahali Jasuli Pamer Kemesraan Di Twitter
Terbaru, secara terbuka pasangan ini memaparkan kemesraan mereka melalui laman akaun Twitter masing-masing.
Semalam, apabila Mahali, 24, berjaya menjaringkan gol buat kelabnya, Selangor, Tasha, 25, pantas memuat naik status di Twitter dengan mengatakan, “goal!! You are the best sayangku Mahali Jasuli.”
Tasha Shilla Dan Mahali Jasuli Pamer Kemesraan Di Twitter
Selepas mendapat pesanan itu, Mahali terus membalas dengan mengucapkan, “terima kasih sayangku.”

Gambar Safiq Rahim hangat bercinta dengan jaguh bowling negara

on Thursday, 21 February 2013


safiq dan kekasih
COMEL : GAMBAR SAFIQ RAHIM BERCINTA DENGAN JAGUH BOLING NEGARA | Siapa yang tidak kenal dengan kapten Harimau Muda, Safiq Rahim yang merupakan pakar sepakan percuma yang digeruni pihak lawan.
Begitu juga dengan pemain boling handalan negara, Zandra Aziela.
Mereka berdua dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan lepas.
Zandra dilihat amat mesra dan sangat sepadan dengan Safiq Rahim.
Diharapkan hubungan mereka dibawa ke jinjang pelamin…itupun kalau ada jodohlah. Insha Allah…
safiq rahim
image
GAMBAR-SAFIQ-RAHIM-BERSAMA-KEKASIH-ZANDRA-AZIELA
safiqrahimoyea3 (1)

safiqrahimoyea2
Sumber : Here

Video Nazmi Faiz sedang bermesra dengan kekasih baru di restoran

on Tuesday, 19 February 2013



Video Nazmi Faiz sedang bermesra dengan kekasih baru di restoran - Selepas mencetuskan kontroversi menamatkan kontrak tiga tahun bersama pasukan Portugal, S.C. Beira Mar dan pulang secara mengejut ke Malaysia baru-baru ini, timbul satu lagi gosip terbaru yang mengaitkan Nazmi Faiz dilihat sedang bermesra dengan kekasih baru di sebuah restoran awam.


Kekasih baru berkenaan dikaitkan punca kepulangan mengejut Nazmi ke Malaysia. Video kemesraan di antara Nazmi Faiz dan kekasih barunya di restoran itu sempat dirakam oleh orang awam sekitar jam 1.00 petang sabtu lepas (9 Februari 2013) dan terus dimuatnaik ke dalam laman Youtube. Jom tonton video ini di bawah.

Gambar Zarema Zainal, kekasih baru Aidil Zaquan



Gambar Zarema Zainal, kekasih baru Aidil Zaquan - Nama Zarema Zainal menjadi popular semalam selepas dia telah dikaitkan sedang hangat bercinta dengan suami kepada pelakon terkenal Rita Rudaini iaitu Aidil Zaquan. Menurut Rita, Aidil telah merancang untuk menceraikannya pada 25 Februari ini dan bakal berkahwin dengan Zarema Zainal pada bulan Julai 2013. Jom tengok dua lagi gambar Zarema Zainal yang memang sedang hangat dalam radar carian blogger gosip.



Tengku Fiella Pula Tuntut Nazmi Mohon Maaf

on Thursday, 31 January 2013


Tengku Fiella

KUALA LUMPUR – Selepas dituduh curang dan mempunyai hubungan dengan pemain bolak sepak negara Aidil Zafuan oleh bekas kekasihnya, Tengku Fiella menuntut Nazmi Faiz memohon maaf kepada dirinya pula.
Tuntutan itu dibuat berikutan kata-kata yang dilemparkan oleh Nazmi kepada Fiella menerusi laman Twitternya telah mengaibkan diri gadis tersebut.
Baru-baru ini, kecoh dalam arena bola sepak apabila Nazmi mengeluarkan kenyataan bahawa bekas kekasihnya itu mempunyai hubungan sulit dengan Aidil.
Menerusi laporan Harian Metro, Fiella sendiri tidak mengetahui motif utama Nazmi berbuat demikian.
“Saya mahu dia mohon maaf secara terbuka kerana mengaibkan saya. Saya tidak tahu kenapa Nazmi bertindak begitu (menuduhnya menjalin hubungan dengan Aidil),” kata Fiella.
Fiella berpendapat, Nazmi mungkin mengalami tekanan perasaan kerana keseorangan di Portugal.
“Mungkin dia tertekan keseorangan di Portugal dan teringin sangat pulang ke Malaysia.
“Dia pernah beritahu saya dia kecewa apabila tidak dapat pulang ke negara ini ketika cuti Krismas lalu,” katanya.
Selepas tuduhan itu dibuat, Nazmi telah memohon maaf di laman Twitternya sendiri setelah dituntut untuk berbuat demikian oleh Aidil.
Ini kerana, Aidil menjelaskan dia tidak ada kaitan dengan cerita yang dilemparkan oleh Nazmi.
Menerangkan keadaan yang berlaku dalam hubungan mereka yang sudah berakhir itu, Fiella memberitahu Nazmi adalah seorang yang kuat cemburu.
Justeru, tidak hairanlah Nazmi suka menuduh Fiella dengan perkara-perkara yang tidak benar.
“Nazmi kuat cemburu. Sebelum ini, Johan Asaari pernah menghantar Twitter kepada saya mengucapkan selamat hari lahir dan Nazmi terus menuduh saya ada hubungan dengan Johan.
“Selepas itu dia tuduh pula saya ada hubungan dengan Aidil sedangkan saya hanya mengenali Aidil sebagai pemain bola sepak, langsung tidak pernah berhubung dengannya,” terang Fiella.
Penghujung tahun lalu juga, kecoh di laman Twitter apabila Nazmi memuat naik status memberitahu kepada umum bahawa Fiella adalah seorang kaki kikis.
Namun, Nazmi tampil memohon maaf dan memberitahu laman Twitternya telah digodam oleh pihak seseorang.
Oleh: NAIMAH SHAARI

Nazmi Faiz mohon maaf pada Aidil,Rita komen tidak terkejut tuduhan ini

on Tuesday, 29 January 2013


Dua cerita dalam satu entri. Mungkin ini adalah penamat bagi kisah cinta Nazmi Faiz dan Tengku Fiella. Terbaru, Nazmi Faiz menerusi akaun Twitternya telah memohon maaf dan menyatakan yang Aidil Zafuan tidak ada kaitan dengan apa yang telah terjadi.
nazmi faiz
Adakah akaun Twitter Nazmi Faiz telah dihack sehingga status  yang mengaitkan Tengku Fiella dan Aidil Zafuan dikeluarkan? Ada kemungkinan untuk perkara tersebut terjadi. Namun begitu, isteri Aidil, Rita Rudaini berkata kepada Utusan yang dia tidak terkejut dengan dakwaan daripada Nazmi terhadap suaminya.
Saya tidak terkejut pun, kalau hal itu benar-benar berlaku. ?Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya anggap sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya. uma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan.
rita
Diharap dengan penjelasan terbaru daripada Nazmi Faiz, kontroversi ini telah berakhir. Nazmi harus fokuskan kepada kerjayanya di Portugal dan kalau boleh, jangan dikongsi hal peribadi menerusi medium Twitter. Apa pun Abang Nara bersyukur pada zaman muda dulu tak ada Twitter. Kalau tak mesti banyak luahan hati yang dilakukan oleh pemain bola sepak ketika itu. Hehehe ~~

Artikel yang sebelum ini tentang kes tuduhan ni:

Aidil Zafuan membuat kenyataan dituduh menjalin hubungan dengan kekasih Nazmi Faiz


Berita yang hangat pagi ini mengenai dakwaan Nazmi Faiz yang bekas kekasihnya yang dikenali dengan nama Tengku Fiella menjalinkan hubungan dengan Aidil Zafuan telah disangkal sendiri oleh suami Rita Rudaini itu melalui MH Online.
Aidil membuat penafian itu melalui kiriman SMS yang dihantar kepada Editor Media Hiburan. Aidil menambah yang dia tidak kenal Nazmi secara rapat dan tidak tahu mengapa namanya dikaitkan dalam situasi ini.
Biarlah orang nak cakap apa, saya tahu apa saya buat, kenal pun tidak, tiba-tiba dikaitkan dengan berita seperti ini.
Aidil turut memberitahu dia akan menghubungi Nazmi sendiri untuk mendapatkan penjelasan.
Begitu pula cerita pihak Aidil. Sekarang kita tunggu penjelasan Nazmi pula jika ada. Manalah tahu kalau-kalau dia ada bukti untuk mengukuhkan dakwaannya.

Tengku Fiella membalas kenyataan Nazmi Faiz tentang hubungan sulitnya

Tengku Fiella
Sebelum ini kami ada melaporkan pemain bola sepak, Nazmi Faiz telah mengeluarkan kenyataan mengejutkan mengenai bekas kekasihnya, Tengku Fiella yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Aidil Zafuan.
Kini tidak sampai beberapa jam Tengku Fiella membalas balik kenyataan Nazmi dengan mengatakan Nazmi tidak berfikiran matang.
Malah, dia menulis ‘Bila tak layan macam ni la jadinya. Psycho’.
Tengku Fiella 1
Rasanya tidak perlu menulis dimana-mana ruang media sosial, kerana setiap masalah itu harus diselesaikan dengan baik.
Adalah lebih elok jika bersemuka dan berterus-terang.
Jika menulis begini, nampak seperti membuka pekung di dada pula.
Oleh: KASIH ISA

Nazmi Faiz dakwa kekasihnya ada hubungan sulit dengan Aidil Zafuan




nazmi faiz dan aidil zafuan
Sekali lagi arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan gosip terhangat dari pemain bola sepak, Nazmi Faiz dengan kenyataan menerusi laman Twitternya.
Nazmi tampil dengan beberapa siri kenyataan dengan mengatakan bekas kekasihnya, Tengku Fiella pernah mempunyai hubungan dengan Aidil Zafuan.
Nazmi turut mendakwa yang Aidil ada memberi Tengku Fiella RM1 ribu untuk membeli belah di Johor Baharu.
Malah, lebih mengejutkan apabila dia menulis semasa berada di Johor, Aidil dan Tengku Fiella bersekedudukan.
Sebelum ini, Nazmi Faiz ada mengeluarkan kenyataan di laman sama dengan menuduh Tengku Fiella sebagai seorang yang kaki kikis dan penipu.
Tetapi kemudian mendakwa akaun Twitternya beliau diceroboh.
Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun dipadam.
Apakah ia saatu lagi kes pencerobohan akaun? Atau adakah perkara ini benar-benar berlaku?
1
2
3
4
5

Lee Chong Wei disahkan menanti kelahiran anak sulungnya

on Monday, 21 January 2013



Rasanya kehamilan Wong Mew Choo ialah faktor utama yang mendorong kepada kehebatan permainan Lee Chong Wei dalam Final Terbuka Malaysia 2013. Bayangkan, Sony Dwi Kuncoro hanya mampu mengutip mata di bawah 10, sedangkan dia bukan calang-calang orangnya.




Dalam temuramah dengan Won Mew Choo pada perlawanan separuh akhir semalam di Stadium Putra Bukit Jalil, isteri kepada Chong Wei ini mengesahkan dirinya memang sedang mengandung anak lelaki. "Ya, saya hamil,". Wong Mew Choo yang hadir dengan berpakaian gaun serba hitam dilihat pada bahagian perutnya sedikit membesar. Wah tahniah kepada kedua-dua mereka. -Sumber

Nazmi Faiz putus cinta kerana kekasih mata duitan?

on Tuesday, 15 January 2013


Tidak dapat dipastikan apakah status hubungan mereka sekarang, namun kecoh hari ini apabila Nazmi Faiz yang mempunyai lebih 30 ribu pengikut Twitter telah menulis status menuduh kekasihnya, Tengku Fiella sebagai penipu dan ‘pisau cukur’.
Bagi yang tidak tahu, pada pertengahan tahun lepas, Tengku Fiella dan Nazmi Faiz telah disahkan bercinta apabila mereka berdua saling berbalas mesej romantik di laman Facebook. Namun hari ini, akaun Twitter Nazmi telah menarik perhatian ramai peminat sehingga menimbulkan pelbagai pertanyaan.
14Apa yang lebih memeranjatkan ialah sebuah lagi mensi yang dihantar kepada seorang selebriti, Johan A’sari, apabila dia seakan-akan diberi amaran. Apakah kaitan diantara Johan pada Nazmi dan juga Tengku Fiella?
2
Walau bagaimana pun, pemain bola sepak yang bermain untuk S.C Beira Mar (Liga Primeira, Portugal) ini telah menarik balik kenyataannya serta memadam status yang ditulis. Dia kemudian meminta maaf dan menjelaskan bahawa ada pihak yang telah menggodam akaun Twitter dan cuba mensabotajnya.
3Jadi, kepada pengguna Twitter, berhati-hatilah walau dimana saja. Pastikan akaun laman sosial anda juga sentiasa dilog keluar.

Mari kenali pengadil dari korea yang berat sebelah melayangkan kad merah

on Friday, 14 December 2012




Fadhli Shas dibuang padang, Malaysia melawan 12 orang termasuk pengadil. Inilah orangnya (gambar atas) yang menjadi punca kekalahan Malaysia. Namanya adalah Lee Min Hu, pengadil dari Korea yang berusia 33 tahun. Bekerja sebagai seorang guru bahasa Inggeris. Berpengalaman di peringkat antarabangsa sejak 2005.



Statistik perlawanan antarabangsa yang diadili oleh Lee Min Hu adalah 34. Dari 34 game dia layangkan 137 kad kuning dan 6 kad merah, keseluruhan 143 kad. Ini bermakna 4 kad setiap game. Rekod memang menunjukkan pengadil ini suka beri kad.




Kontroversi bukan perkara baru kerana Lee Min Hu pernah menimbulkan kontroversi bila terus memberikan kad merah pada Neill (pemain Australia) dalam perlawanan antara Australia dan Iraq pada 17 Oktober 2012. Mutu pengadilan Lee Min Hu sudah pun dipertikaikan oleh media antarabangsa, mengapa masih biarkan pengadil tersebut adili kejohanan AFF Suzuki pula?

Sungguhpun begitu, sesuatu yang amat membanggakan disebalik segalanya yang berlaku, tanpa mengira ideologi politik yang dibawakan, kesemua kita bersatu menyuarakan rasa ketidakpuasan hati terhadap pengadil tersebut melalui laman sosial seperti twitter dan facebook.


Cuba bayangkan sekiranya Lee Min Ho ini dinobatkan pengadil terbaik yang dimiliki Korea, bagaimana pula kualiti pengadil- pengadil lain dari Korea?
 
© RilekSantai All Rights Reserved