"Tempat Tinggal Nabi Ibrahim" ditemui?

on Saturday, 18 May 2013



BAGHDAD - Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan tempat tinggal Nabi Ibrahim.

Campbell yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun.

Kawasan berkenaan dipercayai merupakan pusat pentadbiran bandar Ur.
Campbell berkata, kompleks itu bersaiz sebesar sebuah padang bola iaitu kira-kira 80 meter setiap sisi.

Menurutnya, kompleks bersaiz besar itu merupakan sesuatu yang jarang ditemui.
Ia merupakan penggalian pertama kumpulan arkeologi dari Britain di Iraq sejak tahun 80-an.

Penggalian itu bermula pada bulan lalu apabila enam anggota pasukan Britain dan empat ahli arkeologi Iraq menggali tanah di Tell Khaiber, wilayah Thi Qar, selatan Iraq. Kawasan itu terletak 320 kilometer ke selatan Baghdad.

Campbell berkata, salah sebuah artifak yang ditemui kumpulan penggalian itu ialah plak tanah liat yang menunjukkan seorang manusia memakai jubah labuh mendekati sebuah tapak yang suci. - AP 

Ustaz Kazim Elias Berhenti Ceramah, Dapat Ugutan Bunuh

Ustaz Kazim Elias Berhenti Ceramah, Dapat Ugutan Bunuh | Malang bagi umat Islam seluruh Malaysia apabila seorang ustaz terpaksa membuat keputusan begini. Entah siapa menjadi dalangnya sehingga Ustaz Kazim Elias mengumumkan persaraannya dari berceramah.

Ustaz Kazim Elias Berhenti Ceramah, Dapat Ugutan Bunuh

Sebelum ini menerusi akaun facebooknya, Ustaz Kazim Elias pernah mendedahkan beliau pernah disantau kerana ada manusia yang tidak suka dengan ceramahnya, alhamdulillah beliau sembuh. Tetapi kali ini nampaknya beliau terpaksa mengalah. Menurut Ustaz Kazim,

“Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.



Kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.

Gambar Pra Perkahwinan Emma Maembong




Sungguh Ayu Emma Maembong apabila dikenakan dengan pakaian pengantin. Harap bakal pengantin juga akan sekacak pengantin perempuan. Nampak macam sudah bersiap sedia untuk bergelar isteri orang. Jangan terkejut......ini cuma photoshoot Emma Maembong menghiasi muka depan majalah Inspirasi Perkahwinan ini.





Jangan lupa dapatkan Inspirasi Perkahwinan Mei 2013



Video Nama Nabi Muhammad Muncul Di Langit



(VIDEO) Subhanallah!Nama Nabi Muhammad Muncul Dilangit | Semasa Majlis Sambutan Maulid pada malam 12 Rabiul Awwal pada tahun 2007, Sheikh Dr Tahir ul-Qadri sedang berucap dihadapan berjuta-juta orang mengenai rahsia di sebalik nama محمد yang diberkati. Ketika beliau sedang menjelaskan tentang rahsia tersebut, beliau menulis perkataan ini beberapa kali di udara dengan jarinya dan berkata:

"Saya harap saya mempunyai papan untuk menulis perkataan ini di atasnya, supaya saya boleh menjelaskan tentang bentuk perkataan ini dan bagaimana ia sepadan dengan Haqiqat e Muhammadiyya."

Selepas daripada itu, tiba-tiba satu perkara yang sangat pelik berlaku. Nama "Muhammad" yang tertulis dalam bahasa Arab seolah-olah terbentuk pada awan. Perkataan itu begitu jelas dan tiada siapa yang boleh menafikan kewujudannya. Beratus-ratus ribu menyaksikan adegan ini hidup di Minar-e-Pakistan, Lahore.

Subhanallah,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Power Bank Pembekal Bateri Telefon Palsu Berisi Pasir


penggunaan powerbankdikatakan semakin meluas, di mana-mana sahaja mesti ada orang yang menggunakannya, banyak peniaga yang menjual powerbank ini kerana mendapat permintaan yang tinggi.
Tapi bagi pembeli, anda hendaklah berhati-hati dan berwaspada dengan powerbank yang hendak dibeli, ada satu kes di mana seorang pembeli ditipu apabila powerbank yang dibelinya berisi pasir. Walaupun berlaku di luar negara tak mustahil boleh berlaku di negara kita.
Niat seorang lelaki di Taiwan membeli bateri portabel atau popular disebut “power bank” berkapasiti besar, mendapat nasib malang apabila peranti yang dibeli itu dipenuhi pasir.

Lelaki ini dikatakan membeli sebuah power bank berkapasiti “24000 mAh” buatan sebuah syarikat berasal dari Shenzhen, China.
Jika dilihat sepintas lalu, tak ada yang pelik atau luar biasa dengan power bank berwarna putih tersebut. Terdapat satu butang ‘ON’ diikuti lampu-lampu indikator dan port USB. Yang mencurigakan adalah keterangan kapasiti yang terdengar terlalu luar biasa.
Setelah dibuka, ternyata di bahagian dalam power bank ini ditemui dua beg plastik berisi pasir, yang kemungkinan sengaja ditempatkan untuk memberi sensasi “berat” yang meyakinkan.
Power bank tersebut masih boleh digunakan untuk mengisi bateri gadget kerana memang menyediakan sebuah power-cell yang kelihatan uzur. Kapasiti aslinya tidak diketahui, tetapi kemungkinan besar tidak mencapai 24000 mAh yang tertulis pada pelekat di bahagian bawahnya.
 
© RilekSantai All Rights Reserved